|
MENJELANG Hari Kemerdekaan ke-48, kita sekali lagi ditiup semangat patriotik agar menjananya di kalangan rakyat jelata dengan mendendangkan semangat muhibah serta perpaduan nasional. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri. Janganlah kita buta sejarah. Tetapi siapa lagi pejuang-pejuang yang yang gugur serta yang masih di depan mata? Perjuangan Menentang Penjajahan British dan Jepun KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) Ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Presiden : Ibrahim Haji Yaakob Naib : Mustapha Hussein S/Usaha Agung : Hassan Manan S/Usaha : Othman Md Nor Bendahari : Idris Hakim Ahli Jawatankuasa : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) : Onan Siraj : Abdul Karim Rashid : Bahar Abik : Sulong Chik : Abdullah Kamil : Abdul Samad Ahmad : Mohamad Salehuddin : Ahmad Boestamam : Burhanuddin Al Helmy Ditubuhkan atas asas ideologi dan berlandaskan demokratik-sosialisme. Berjuang melawan penjajah, antifeudal dan antielit birokrat Malaya yang berorientasi Barat. Berjuang untuk penyatuan nasional, berperikemanusian, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi, rasa persaudaran atas asas kebenaran dan kesucian. Semasa perang dunia ke-2,pendudukan Jepun di Malaya pada Disember 1941 KMM bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 KMM diharamkan oleh Jepun kerana mempelopori perjuangan kemerdekaan Malaya. Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) meneruskan perjuangan bersenjata menetang Jepun. PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM) Dirasmikan penubuhannya pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA dan benderanya ialah MERAH-PUTIH.Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis dan tidak mendapat sokongan elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah. Yang Dipertua pertama ialah Mokhtarudin Laso yang teralu kekirian. Naib Yang Dipertua pula ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy seorang tokoh agama. Setiusaha disandang oleh oleh Dahari Ali. Apabila Mokhtarudin Laso hilang ke Sumatera Barat, bertempat di 'Rumah Merdeka' di Kampung Bahru jawatankuasa baru dilantik: Yang Dipertua Agung : Dr Burhanuddin Al-Helmy Naib Yang Dipertua Agung : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) Setiusaha Agung : Zulkifli Aoni Ahli Jawatankuasa : Abdullah CD (Cik Dat Abdullah) : Ahmad Boestamam : Musa Ahmad : Khatijah Ali : Abu Bakar Al Baqir Nota : Selepas PKMM pindah Ke Kuala Lumpur, Khatijah Ali diganti oleh Aishah Ghani atau yang dikenali sebagai 'Mak Inang' iaitu penulis pojok akhbar rasmi PKMM 'PELITA MALAYA'.Kemudian Aishah Ghani meletak jawatan apabila menjadi penjawat jawatan dalam kerajaan British.Beliau diganti oleh Samsiah Fakih dan Zainab Mahmud Baginda. Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk Merdeka. British menolak perlembagaan dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato Onn menerajuinya. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar. PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya : 1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar. 2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar. 3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba. 4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh. 5.Hizbul Muslimin. Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka. 6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail. 7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947. 8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha. 8.Kesatuan Opera Melayu. 9.Persatuan Pemandu Teksi. 10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar. 11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya(MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. |
| web design June 25, 2009 11:48 AM PDT tuduh tanpa bukti fitnah namanya | ||
| malaysia seo June 23, 2009 07:36 AM PDT tak baik tuduh tanpa bukti | ||
| fire safety June 1, 2009 04:36 AM PDT tak kan kena tuduh sampai macam tu | ||
| web design April 17, 2009 11:29 AM PDT saya nak sejarah portugis | ||
| yourshop.cc December 4, 2008 09:47 AM PST http://www.watchesforsale.us | ||
| Jeffri Rahman March 27, 2008 02:37 AM PDT sila masuk laman web ni utk download DVD yg bertajuk sepuluh tahun sebelum merdeka. Kelahiran HARTAL pada 20 okt 2007. Itu kita perlu tahu. Dalam buku teks sejarah mmg takde. http://10tahun.blogspot.com | ||
| stearly das January 20, 2008 08:05 AM PST komunis- mungkin banyak diantara kita yang mengatakan bahawa kita amat membenci komunis terutamanya di dalam pimpinan samsiah fakeh, tetapi kalau diteliti dengan secara mendalam, perjuangan mereka sebenarnya membawa pengertian yang amat besar dalam dunia Malaysia pada masa kini. Cuba kita fikir..kalaulah pada masa itu tidak ada komunis...mungkin Malaysia pada masa kini seperti negara-negara yang lain yang sentiasa berperang, dan kita harus mengetahui bahawa sejarah itu adalah untuk memberi iktibar kepada kita semata- mata...walaupun tindakan mereka dianggap ganas..tetapi itulah yang menjadi tunggak kepada keamanan yang dikecapi sekarang ini... | ||
| Nane??!!? May 1, 2006 10:59 AM PDT Pendudukan Jepun di tanah melayu??? | ||
| Name March 23, 2006 10:15 AM PST saya nak sejarah pendudukan jepun di tanah melayu lah please...........saya perlukan sekarang sebab nak buat folio | ||
| khairol nazran February 24, 2006 09:55 PM PST dengan adanya maklumat seperti berikut kita ketahui bahawa umno bukanlah parti yang ulong dalam perjuangan kemerdekaan tanah air kita.apa yang berlaku nama-nama pejuang seperti ibrahim yaakob, ahmad boestamam,dr burhanddin dan ramai lagi terus dilenyapkan dari sejarah kemerdekaan tanah air.kita boleh mengubah masa depan tetapi kita tidak sekali-kali boleh mengubah sejarah..! | ||
| khairol nazran February 24, 2006 09:54 PM PST dengan adanya maklumat seperti berikut kita ketahui bahawa umno bukanlah parti yang ulong dalam perjuangan kemerdekaan tanah air kita.apa yang berlaku nama-nama pejuang seperti ibrahim yaakob, ahmad boestamam,dr burhanddin dan ramai lagi terus dilenyapkan dari sejarah kemerdekaan tanah air.kita boleh mengubah masa depan tetapi kita tidak sekali-kali boleh mengubah sejarah..! | ||
| khairol nazran February 24, 2006 09:53 PM PST dengan adanya maklumat seperti berikut kita ketahui bahawa umno bukanlah parti yang ulong dalam perjuangan kemerdekaan tanah air kita.apa yang berlaku nama-nama pejuang seperti ibrahim yaakob, ahmad boestamam,dr burhanddin dan ramai lagi terus dilenyapkan dari sejarah kemerdekaan tanah air.kita boleh mengubah masa depan tetapi kita tidak sekali-kali boleh mengubah sejarah..! | ||
| huanhuan January 23, 2006 07:08 AM PST ini banyak membantu rakyat malaysia untuk memahami sejarah yang benar.....teruskan! | ||
| Name December 29, 2005 08:10 AM PST MERDEKA! MERDEKA DENGAN DARAH DALAM API! | ||
| Name December 29, 2005 08:10 AM PST MERDEKA! MERDEKA DENGAN DARAH DALAM API! | ||
| hulu cheka December 18, 2005 03:43 PM PST adakah kita masih di belenggu oleh cara pemikiran penjajah. kerana banyak tokoh yang berjuang untuk kemerdekaan negara di tuduh penhianat negara | ||
| Leave a Comment: |