Free Web Page Hit Counters
Alumni Pelajar DPI Kolej UNITI
*Yahoo IM: Antusabun


Koleksi Gambar Aku
My MOBLOG




Formula 1 Count Timer
Flash In HTML

   

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28

online


naruto
 


Undergrounder's ::masterpyan's hangout:: .: fungkur's Network :. ::mizi2054:: ::NagarasFire:: Image hosted by Photobucket.com .:mazadi_tantascan:. Nonie Punyer Cerite Image hosted by Photobucket.com Ada Image hosted by Photobucket.com Totin nashrex's Moghammer buttet web blog title Initial D World [ Blog's Center Community ] torrent malaya gengjurnal.net jiwang.org Image hosted by Photobucket.com

.:Link Lain:.

Paleq/NurAlana

Soccer Torrent/Skype

Movie Torrent/Nadia Mode

Wanieafarisyah/Kamil Studios

Arsyan/Eastmail

NewsKini/LADANG






"Listen to my phrase of wisdom, open your eyes to the vision of life, your image of purity shows."
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, but to be loved by ALLAH is everything" --Anonymous

+Lobam65



moon phases
 







rss feed



Monday, February 21, 2005
Sejarah Pergerakan Wahabi

 

SEJARAH RINGKAS MUHAMMAD ABDUL WAHAB

 Muhammad b. Abdul Wahab b. Sulaiman b. Ali b. Muhammad b. Ahmad b. Rashid b. Barid b. Musaraf an-Najdi at-Tamimi di lahirkan pada tahun ( 1115H-1119 @ 1703-1787M ) di daerah Najd .Sebenarnya ulama dan ahli sejarah berselisih pendapat tentang kelahiran Muhammad Abdul Wahab. Tahun 1690M/1111H merupakan   pendapat Shaikh  Zaini Dahlan Mufti Mekah juga ahli sejarah sementara .Pada tahun 1694M/1115H adalah  Golongan Wahabi  manakala  pada 1703M/1124H adalah ahli sejarah  Barat. Muhammad Iqbal mengatakan beliau lahir pada 1700M/1121H.

Ayahnya Abdul Wahab yang merupakan seorang qadhi pada ketika itu telah mendapat firasat bahawa Muhammad Abdul Wahab akan menyesatkan umat Islam, kita sendiri telah sedia maklum hadis nabi yang berbunyi " Takutilah kamu akan firasat orang-orang mukminin sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah (pandangan mata hati )" .Banyak hadis-hadis lain yang menyentuh tentang firasat dan mimpi yang baik merupakan sebahagian daripada kenabian, perstiwa tersebut terbukti benar apabila berlakunya pertentangan antara beliau dengan ayahnya sehingga, membuatkan Muhammad Abdul Wahab menyampikan dakyahnya secara tersembunyi. Kejahilan masyarakat dan kekuatan politk, adalah antara faktor dakyah Muhamaad ,meresap di kalangan masyarakat Badwi Najd.

ABDUL WAHAB MEMULAKAN PERGERAKAN DAN SERANGAN 

 Ahli Najd  terbahagi kepada dua  golongan , badwi dan moden. Golongan moden mengamalkan perniagan manakala golongan badwi kerap berperang dan bermusuhan sesama kabilah bagi menguasai wadi,kawasan ternakan dan sebagainya. Kabilah Najd pada ketika itu terdiri dari  Bani Khalid, Hawazin, Harb, Qahtani, al-Ajmani, ad-Dawasir, Al Saud, Al Asobah ( Kuwait ) , Al Khalifah ( Baharin ) Zafir dan banyak lagi. Kawasan Najd ketika itu di luar kawalan Khilafah Daulah Uthmaniah, besar kemungkinan kawasan tersebut terpencil dan merupakan kawasan pendalaman.

Muhammad Abdul Wahab ke Iraq dan berbincang dengan beberapa ulama' fuqaha' lalu memberikan dan menyatukan beberapa pandangan baru dan lama., akan tetapi beliau dimarahi dan diusir, kemudian beliau terus pulang ke Najd, dan melahirkan pandangan baru yang mengakibatkan penduduk Najd terbahagi kepada 2 puak, mereka yang memerangi dan mereka yang menuruti. Kemudian Muhammad Abdul Wahab melarikan diri ke al-Uyainah lalu bersahabat dengan Amir al-Uyainah sehingga di akhiri dengan perkahwinan dengan anak perempuannya ( Amir al-Uyainah ).Ini secara tidak langsung memberi laluan kepada beliau untuk menyebarkan ajarannya. Setelah menetap di  al-Uyainah kira-kira 8 bulan beliau akhirnya diusir keluar. Apabila mengetahui kedudukannya terancam, maka beliau cuba menemui beberapa ketua-ketua kabilah dan pemimpin tertinggi untuk mendapat perlindungan dan sokongan sehinggalah ke ad-dar'iyah, lalu menemui Muhammad b. Saud. Pertemuan yang membawa mala petaka pada umat Islam ini, telah menjalinkan persepakatan dan persetujuan bagi membentuk agama baru secara rasmi, di dalam kekuatan politik, ketenteraan dan peperangan pada 1165H / 1744M.

ULAMA AL-HARMAIAN MENENTANG MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Ketika mana Muhammad Abdul Wahab bersama pengikutnya mengkafirkan kaum muslimin ,beliau telah mengutuskan sekumpulan pengikutnya untuk merosakkan aqidah Ulama' al-Harmain serta memasukkan beberapa syubahat dan muslihat. Kemudian Ulama' al-Harmain (diantara mereka ialah As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-'Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi) bangkit lantas menolak dengan memberikan beberapa keterangan dan hujjah sehingga melemahkan mereka  Akhirnya Ulama' al-Harmain menegaskan bahawa golongan Wahabi ini adalah jahil dan sesat, setelah meneliti bahawa aqidah yang dibawa olehnya adalah mengkafirkan umat Islam. Ulama' Harmian pun menulis sepucuk surat lalu diajukan perkara tersebut kepada Qadhi as-Syar'e Mekah, yang akhirnya menjatukan hukuman kepada  mereka yang mulhid ini dipenjara, malangnya ada segelintir daripada mereka telah berjaya meloloskan diri ke ad-Dar'iyah ( sekarang  ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad ) dengan perasan sombong dan angkuh. Peristiwa tersebut berlaku di bawah pemerintahan As-Syarif Masud b. Said b. Saad b. Zaid yang wafat pada 1153H/1732M.

Muhammad bin Abdul Wahab pula telah wafat pada tahun 1206H/1792M ketika berumur 90 tahun. Seterusnya gerakan ini diambil alih oleh Sulaiman bin Abdullah bin Abdul Wahab.

WAHABI MENYERANG MEKAH DAN TAIF

 Apabila pembesar-pembesar Mekah menyekat kemasukan golongan Wahabi untuk mengerjakan Haji, lalu mereka menukar strategi dengan membahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama di bawah kesetiaan Amir Mekah yang hanya bersedia untuk berperang sesama mereka iaitu kumpulan kedua dan Amir Mekah  As-Syarif  Ghalib  b. Musaaid b. Said b. Saad  b. Zaid. Lantaran itu, berlakulah pertempuran yang mengakibatkan ramai yang terkorban seterusnya golongan Wahabi dapat menyebarkan dakyah mereka lalu membentuk tentera yang terdiri daripada kabilah-kabilah badwi di bawah pemerintahan Amir Mekah. Pada tahun 1217H / 1802M tentera-tentera Wahabi sampai di Taif dan mengepungnya pada bulan Zul Qa'edah 1217H, lalu menawan dan membunuh lelaki serta wanita termasuklah kanak-kanak ,sehingga tiada seorang pun yang terlepas daripada kekejaman Wahabi. Setelah itu mereka merampas dan merosakkan segala harta benda serta melakukan keganasan yang tidak terkira dan seterusnya menuju ke Mekah. Apabila mereka mengetahui pada bulan tersebut ramai jemaah haji terutamanya dari Syam dan Mesir, boleh jadi mereka akan diserang, lalu mereka bercadang untuk menetap seketika di Taif, sehinggalah selesai musim haji. Setelah jemaah haji pulang ke negara masing-masing, golongan Wahabi pun menuju ke Mekah, Amir Mekah as-Syarif Galib pada ketika itu tidak mampu menyekat kemaraan bala tentera Wahabi yang pada ketika itu telah tiba di Jeddah. Berita tersebut akhirnya dihidu oleh penduduk Mekah sehingga  mereka berasa amat takut apa yang berlaku di Taif akan menimpa mereka. Namun demikian, penduduk Mekahtidak dapat membuat apa-apa persediaan untuk menghadapi mereka. Pada Muharram1248H, golongan ini telah berjaya memasuki Kota Mekah dan menetap di sana selama 14 hari. Dalam tempoh masa inilah mereka melakukan kerosakan serta membuat ketetapan laranganmenziarahi makam nabi-nabi dan solihin.

 Kemudian tentera Wahabi menuju pula ke Jeddah untuk membunuh Amir as-Syarif. Setibanya di sempadan Jeddah, golongan Wahabi telah diserang olehtentera Amir mekah yang menatijahkan  mereka menerima kekalahan teruk. Kegagalan untuk menawan kota Jeddah ini megakibatkan mereka berundur dan pulang semula ke Mekah.

 WAHABI MENAWAN MEKAH DAN MADINAH.

 Selepas 8 hari, lalu golongan Wahabi mengumpulkan bala tenteranya di sana (Mekah) dan melantik seorang Amir as-Syarif Abdul Mu'ain iaitu saudara as-Syarif Ghalib, serta cuba berbaik-baik semula dengan penduduk Mekah dan memburuk-burukan mereka.

Pada tahun 1220H mereka merompak dan mengepung penduduk Mekah serta memutuskan segala bekalan makanan sehingga menyebabkan penduduk Mekah kelaparan yang mengakibatkan mereka terpaksa memakan daging anjing akibat kebuluran yang bersangatan. Melihatkan keadaan ini, Amir Mekah terpaksa mengadakan perjanjian dan perdamian, antara syarat perjanjian tersebut hendaklah berbaik-baik  dengan penduduk Mekah. Setelah tempoh perdamaian tamat maka sekali lagi pada akhir bulan Zul Qa'edah 1220H, mereka berjaya memasuki kota Mekah dan Madinah. Setelah tiba di Madinah , mereka menceroboh 'Bilik Nabi' dan mengambil semua harta benda termasuklah lampu dan bekas air daripada emas dan perak, permata, zamrud yang tidak ternilai harganya, lalu melakukan beberapa perkara keji dan jelek, sehingga menyebabkan ramai dari kalangan ulama' melarikan diri antaranya Shaikh Ismail Al-Barzanji, Shaikh Dandrawi dan ramai lagi .Kemudian mereka menghancurkan semua qubah di perkuburan Baqe' seperti qubah Ahli Bait, Isteri-isteri Nabi, anak-anak Nabi , lalu mereka cuba pula untuk memusnahkan kubah baginda Rasulullah s.a.w. , apabila mereka melihat di kubah tersebut terdapatnya  lambang bulan sabit “ yang pada sangkaan mereka diperbuat daripada emas tulin, mereka mereka menarik balik keputusan tersebut. Sesungguhnya Maha Suci Allah yang  telah memalingkan mereka daripada perbuatan keji dan melampau itu.Mereka juga telah memecahkan lampu-lampu di Madinah serta membahagikan kepada beberapa pengikutnya yang setia kepadanya. Kota Madinah akhirnya di tinggalkan dalam keadaan sepi selama beberapa hari tanpa azan, iqamah dan solat. ( Sila rujuk kitab ;Nuzhatul an-Nazirin fi Tarikh Masjid al-aw'walin wal akhirin oleh Jaafar bin Syaid Ismail al-Madani al-Barzanji)

Mereka juga melarang kemasukan jemaah haji dari Mesir dan Syam yang merupakan pekerja-pekerja seperti menenun kelambu Kaabah dan seumpamanya. Mubarak b. al-Mudayyiqi akhirnya telah dilantik menjadi Amir Wahabi pemerintahan mereka berlalu selama kira-kira 7 tahun.

SERANGAN THOSON BASHA KE ATAS WAHABI 

 Sultan Muhammad Khan telah mengutus Muhammad Ali Basha pemerintah kerajaan Mesir supaya menyediakan seramai 8-10 ribu tentera untuk memerangi pelampau-pelampau Wahabi pada tahun 1226H, lalu beliau melantik anaknya Thoson Basha keluar dari negara Mesir pada bulan Ramadhan 1226H melalui jalan laut dan darat. Akhirnya berlakulah pertempuran yang maha dahsyat di perkampungan Khif ( dari Madinah kira-kira 90km)  sehingga mengakibatkan ramai daripada jumlah tentera Mesir telah terkorban dan setengahnya pula gagal  pulang ke Mesir. Kemenangan yang dicapai oleh golongan Wahabi ini, adalah disebabkan oleh sokongan daripada beberapa kabilah badwi  seramai 10 ribu orang yang telah berpakat untuk mengalahkan tentera Mesir. Peristiwa yang bersejarah lagi berdarah ini berlaku pada bulan Zul Hijjah 1226H/1805M. Sebenarnya tentera Thoson Basha juga terpaksa berhadapan seramai 30  ribu tentera Wahabi yang telah mengepung di bahagian Barat di bawah pimpinan  al-Amir Faisal

SERANGAN MUHAMMAD ALI BASHA KE ATAS WAHABI

 Keazaman Muhammad Ali Basha dengan sendirinya menuju ke Hijaz pada tahun 1227H untuk menemui tenteranya. Setelah itu beliau bersama tenteranya menguasai as-Safra' dan al-Hudidah pada bulan Ramadhan dan memasuki kota Madinah pada akhir bulan Zul Qa'edah . Kemudian beliau menguasai pula di persisiran pantai Jeddah pada awal bulan Muharram 1228H, lalu terus menuju ke Mekah dan menguasainya di sana.Pada bulan Rabiul Awal tahun 1228H Muhammad Ali Basha  memerintahkan para utusannya ke Darul Khilafah Uthmaniah yang berpusat di Turki bersama  mereka anak-anak kunci kota Mekah, Madinah, Jeddah dan Taif. Pada bulan Syawal 1228H Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz, sebelum tiba di Hijaz  ,as-Syarif Ghalib telah menangkap Osman al-Mudayyiqi  yang merupakan Amir Wahabi di Taif, kemudian menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah  dan  dihukum bunuh. Setelah Muhamad Ali Basha tiba di Mekah pada bulan Zul Qa'edah, beliau menangkap pula as-Syarif Ghalib ibnu Musa'd lalu menghantarnya ke Darul Sultanah , kemudian beliau  melantik pula anak saudaranya As-Syarif Yahya bin Surur ibnu Musa'd untuk dilantik sebagai pemerintah di Mekah Pada bulan Muharam tahun 1229H Muhamad Ali Basha menangkap pula Amir Wahabi Madinah lalu menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah lalu  dihukum bunuh, kepalanya di gantung di “ Bab As-Saraya ” sebagaimana yang telah dilakukan terhadap Osman al-Mudayyiqi ,adapun as-Syarif Ghalib beliau telah dihantar ke Salanik  di Turki dan tinggal di sana dengan mendapat penghormatan sehingga beliau wafat  dan dikebumikan pada 1231H.

Pada bulan Sya'ban 1229H Muhamad Ali Basha sekali lagi telah mengutus tenteranya ke Turbah, Bisyah, Ghamid, Zahran dan 'Asir untuk mengesan dan menjejaki serta memerangi golongan Wahabi lalu berhasrat untuk membinasakannya sehingga ke akar umbi .Setibanya di Darul Wahabi mereka terus memerangi golongan Wahabi dan menawanya kemudian memusnahkan negeri mereka .Pada bulan Jamadil Awal 1229H Amir Saud Wahabi meninggal dunia lalu digantikan oleh anaknya Abdullah b. Saud. Muhammad Ali Basha kembali semula ke Darul Wahabi semasa mengerjakan haji dan tinggal di Mekah pada bulan Rejab 1230H, kemudian pulang semula ke Mesir setelah meninggalkan Hassan Basha di Mekah. Muhamad Ali Basha tiba di Mesir pada pertengahan bulan Rejab 1230H, ini menjadikan tempoh beliau di  Hijaz kira-kira 1 tahun 7 bulan. Beliau pulang ke Mesir setelah melaksanakan tanggugjawabnya dan tugasnya di bumi Hijaz. Maka tinggalah beberapa golongan Wahabi yang bertempiaran di setiap pelusuk kabilah badwi dan selebihnya tinggal di Ad-Dar'yah kemudian  melantik Abdullah b. Saud sebagai peminpin mereka. 

BERPERANG DENGAN IBRAHIM BASHA

Amir Wahabi Abdullah b. Saud  cuba berbaik-baik dengan Thuson Basha bin Muhamad Ali Basha (adik kepada Ibrahim) ketika mereka berada di Madinah, sehingga terjalin hubungan persahabatan di bawah pemerintahan Muhammad Ali  Basha yang membuatkan Muhammad Ali Basha tidak menyetujuinya. Oleh kerana itu, Muhamad Ali Basha telah memperlengkapkan tenteranya untuk memerangi golongan Wahabi, di bawah pimpinan anaknya Ibrahim Basha(abang suluong). Pada tahun 1232H Ibrahim Basha bersama tenteranya tiba di Ad Dar'yah yang merupakan ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad, maka berlakulah pertempuran sengit yang berakhir pada bulan Zul Qa'edah 1233H dengan tertangkapnya Abdullah b. Saud Amir Wahabi.

AMIR WAHABI DIHUKUM BUNUH 

Setelah tertangkapnya Amir Wahabi, lalu beliau di bawa bersama pembesarnya ke Mesir dan tiba di sana pada 17 Muharram 1234H. Mereka kemudianya diarak oleh beberapa orang askar dengan penuh kehinaan, lalu berbondong-bondonglah penduduk Mesir menyaksikan perarakan yang bersejarah itu. Apabila Amir Wahabi memasuki Istana, maka  Muhamad Ali Basha  dengan tersenyum duduk disisinya seraya berkata ; 

Muhammad Ali Basha  : Apakah ini berterusan ( peperangan ) ?

Amir Wahabi : Ini adalah peperangan timbal balik (sekali menang dan sekali kalah ).

Muhammad Ali Basha: Apa pendapat kamu tentang anakku Ibrahim Basha ?

Amir Wahabi: Beliau seorang gigih dan kuat seperti juga kami

Muhammad Ali Basha : Aku berharap pada kamu disisi Maulana as-Sultan.

Lalu mereka pun menuju ke bilik Ibrahim Basha di Bulaq ,bersamanya terdapat sebuah kota kecil yang berbungkus

Muhamad Ali Basha : Apa ini ?

Amir Wahabi : Ini aku dapati daripada ayahku yang beliau perolehi di sebuah bilik sahabatnya  bersama ku.

Kemudian Muhammad Ali Basha menyuruh agar kota tersebut di buka, maka beliau dapati 3 lembaran Mushaf daripada khazanah al-Muluk yang tidak pernah dilihatnya lebih baik sebelum ini,di samping itu juga terdapat 300 butir permata yang besar-besar daripada zamrud.

Muhamad Ali Basha : Ini yang kamu ambil di Hujrah as-Syarif ( di dalam maqam nabi)

Amir Wahabi : Aku dapatinya daripada ayahku, beliau tidak mengambilnya di Hujrah as-Syarif ,bahkan memperolehinya daripada penduduk Mekah dan Madinah dan orang-orang as-Syarif.

Muhammad Ali Basha: Sah! Kamu ambil daripada as-Syarif 

Kemudian Amir Wahabi pun di hantar ke Darul Khilafah Uthaminah ,sementara itu  Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz dan seterusnya ke Mesir pada Muhaaram 1230H.,selepas beliau memusnahkan Negeri ad-Dar'yah sehinggalah golongan Wahabi meninggalkan penempatan mereka. Ketika Amir Wahabi tiba di Darul Khilafah Utmaniah pada bulan Rabi'ul Awal, beliau bersama pengikutnya diarak mengelilingi Kota Turki  untuk dipertontonkan oleh semua lapisan masyarakat. Akhirnya Amir Wahabi dihukum bunuh di “Bab Hamaayun ” manakala para pengikutnya pula dihukum bunuh dari suatu sudut yang berbeza-beza. Apa yang dapat kita fahami daripada rentetan peristiwa tersebut golongan Wahabi Badwi ini kerap mengamalkan sikap berperangan dan membuat kekacawan di Semenanjung Arab, kemudian pula  bercita-cita untuk menguasai di seluruh Tanah Arab.  

SERANGAN JIHAD TERHADAP WAHABI 

Ramai di kalangan Ulama' Mekah, Madinah, Qadhi dan Mufti di seluruh pelusuk dunia berfatwa agar serangan jihad dilancar ke atas golongan Wahabi, mereka terdiri daripada kalangan ulama' yang mu'tabar seperti As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-'Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi.

Setelah mereka selesai menunaikan solat lalu menuju ke 'Bab as-Thani' mereka dapati sekumpulan orang Islam telah dizalimi dan diseksa dengan sengaja oleh golongan yang ingin memasuki Masjidil Haram serta diancam untuk dibunuh, maka bertempiaranlah mereka melarikan diri dan memberitahu  golongan Wahabi   bahawa mereka adalah penduduk Mekah. Setelah itu  berhimpunlah sekelian ulama' di bahagian mimbar untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh Khatib Abu Hamid lalu beliau membaca Risalah Muhammad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal'uni.  berbunyi : Wahai! Ulama',Qadhi, Mufti adakah kamu dengar dan tahu akan perutusan ini…..…

( Sila rujuk beberapa Risalah Muhamad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal'uni at-Tamimi al-Kadzabi )

Kemudian ada pula daripada Ulama', Qadhi, Mufti  bermazhab empat dari kalangan penduduk Mekah di seluruh dunia yang datang untuk mengerjakan haji bersidang dan bermusyawarah sementara menunggu 10 Muhaaram untuk memasuki Masjidil Haram. Akhirnya ulama' menghukumkan mereka kafir dan mengarahkan Amir Mekah memaksa dan menyingkirkan mereka (golongan Wahabi ) keluar daripada Masjidil Haram. Setelah itu mereka mewajibkan semua orang Islam membantu dan bersatu. Barang siapa yang melarikan diri tanpa uzur adalah berdosa, dan barang siapa memeranginya jadilah mujahid dan barang siapa yang dibunuh memperolehi syahid.  Akhirnya ijmak ulama' bersepakat tanpa berlaku sebarang kekhilafan, telah menulis surat kepada Amir Mekah. Selepas menunaikan solat Maghrib mereka pun mengadap Amir Mekah. Justeru itu, seluruh penduduk Mekah bersatu serta mendokong kesatuan Amir Mekah untuk melancarkan serangan jihad dan menyingirkan mereka daripada Mekah  (Sila rujuk al-ajwibahtu al-Makkiyatu fi  rad 'al ar-Risalati an-Najdiyati  m.s.84-86 )  

 Kesimpulan yang boleh saya paparkan disini, Muhammad Abdul Wahab dan pengikutnya ditakrifkan sebagai Bughah iaitu sekumpulan orang Islam yang bermusuh atau ingkar kepada Pemeritah Tertinggi sehingga tertubuhnya sebuah pasukan bersenjata dan berhasrat untuk menentang  Pemerintah Tertinggi, dan mereka ini wajib diperangi setelah diberi amaran. Peristiwa seumpama ini pernah berlaku di zaman sahabat. Antaranya ialah peperangan antara Saidina Abu Bakr dengan Musilamatul Al-al-Kazab yang mengaku menjadi nabi , setelah itu peperangan Siffin antara golongan Saidina Ali dengan tentera Muawiyah ,dan juga tentera Khawarij.  ( lihat kitab Qalyubi Wa Umairah .Bab Bughah m.s.171-174  Kitab  unggul Mazhab Sayafe")



Posted at 09:21 am by ibnuqudamah
Make a comment  

Surat cinta untuk awekku

Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang
 kat ayang. Time tu kite
 tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan
 kite, kite dah penat nak
 layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab.
 Tang mane erk kite sayang
 kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah
 ke? Maybe tak sedalam
 cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang
 sangatla kerdil. Sebab
 tu la ayang selalu merajuk erk? 
 
 
Tak tahula, setahu kite: 
1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite
 dapat Anugerah Dekan. Bile
 dah kenal ngan ayang, setiap sem kite resit paper.
 Sebelum kenal ngan ayang
 kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan
 ayang, keluar makan lagi
 nak mintak duit ngan emak kite. 
 
2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang.
 Kalau ade 2 buah epal,
 kita bagi yang besar kat ayang. 
 
 
3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan
 ikan tu, kite pula makan
 tang kepala ikan tu je. 
 
 
4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah
 kutuk ayang tak cun.
 Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan
 member depan kite, kata
 kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan
 mata, kite diam je.
 Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk
 depan Sogo ayang gi ngorat
 time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan
 kite lagi. 
 
5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan
 Starbucks, kite tipu kite
 dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite
 makan mee maggi. 
 
6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade
 girlfriend. Selepas ayang
 kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20
 boyfriend kesemuanya. Kite
 tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata
 kite cam sami buddha. 
 
7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus
 tak pernah tanya pun.
 Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi
 nak kene reject. 
 
8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite,
 cubit peha kite, kite tak
 pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit,
 nak tampar, nak pukul? 
 
9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan
 laki lain, kite nak buat
 ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile
 kite tanya kalau kite jatuh
 cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang
 kata nak bunuh kite, emak
 kite, ayah kite ngan nenek kite. 
 
10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300
 kite kate harga RM30.
 Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate
 harga RM300. 
 
11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang,
 tapi setiap tahun
 birthday kite ayang kate dah lupe. 
 
12. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen
 ngan kite, kite kata tak
 boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. 
  Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan kite.
 Kalau tak ayang nak break
 ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor
 sampai Jalan Pahang nak
 beli kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu
 marah kite keji. Kite
 diam je duk tepi akuarium... tengok ikan emas tengah
 romen. 
 
13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite
 ganti satu discman baru.
 Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je. 
 
14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga
 ayang. Sekali kite
 demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan 
makanan kite. 
 
15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah
 kite tinggi sangat,
 member ayang ketawakan ayang. 
 
16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite
 datang umah ayang, kite gak
 yang tido kat sofa. 
 
17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak
 ayang tak pernah ajak
 kite makan kat umah ayang walau sekalipun. 
 
18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing
 yang paling cute kat
 ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. 
Ayang tak kate pa pe pun. Ayang bagi ikan emas yang
 dah dekat mati kat kite,
 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh
 semua anak kucing kite. 
 
19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil
 takyah bagitau. 30 ke 80 ke
 seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite
 nak pinjam 10 ringgit
 sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut. 
 
20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday
 kite arini ayang tak
 pernah ingat. 
 
-Abangmu

Posted at 08:53 am by ibnuqudamah
Make a comment  

Taarif Syirik

Apa-apa pun biar kita paham dulu syirik ni apa. Jangan lepas ni kita cepat nak kafirkan orang atau syirikkan orang seperti yang wahabi buat. Artikel asal ini adalah dari kalam Ust. MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY


Tauhid Dalam Fahaman

Tauhid berdasarkan kepada “la ilaha illa’ Llah, Muhammadur-Rasulullah”: “Tidak ada tuhan yang wajib disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, dan Muhammad adalah Rasulullah”. Atau “asyhadu an la ilaha illa’Llah, wa asyhadu anna Muhammadar-Rasulullah”: “Aku menyaksikan bahawa tiada  tuhan yang wajib disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah Rasulullah”. Ianya diwajibkan dalam ayat, antaranya, yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa tiada tuhan melainkan Allah …". (Surah Muhammad: Ayat 19).

Penyaksian itu adalah hasil daripada keyakinan iman tanpa syak dan ragu tentang hakikat keTuhanan yang Maha Esa, yang merupakan paksi bagi segalanya. Keyakinan ini datang daripada ilmu dan juga kesedaran batin orang yang berkenaan yang disebutkan sebagai ilmul-yakin, atau ‘ainul-yaqin atau haqqul-yaqin. Ilmul-yaqin datang daripada tahap keyakinan yang timbul daripada ilmu berkenaan dengan kebenaran tauhid hasil daripada pengetahuannya, dengan berdasarkan bokti-bokti, samaada yang berifat nakli atau akli atau intelektuil. ‘Ainul-yaqin timbul daripada tahap tertentu dalam kesedaran batin berkenaan dengan hakikat tauhid. Haqqul-yaqin merujuk kepada pengenalan hakikat tauhid berdasarkan kepada “penyaksian batin” - musyahadah - tentang kebenaran itu yang tidak meninggalkan apa-apa keraguan lagi.

Keimanan tentang ketauhidan  ini berkembang menjadi keimanan terhadap “rukun-rukun iman” yang lain- keimanan tentang para malaikat dengan tugas-tugasnya, para rasul a.s.s. dengan tugas-tugas mereka, kitab samawi  dengan ajaran-ajarannya, terakhir ialah al-Qur’anul-Karim, tentang akhirat dan akhirnya qadha’ dan qadar.Semuanya dihuraikan oleh para ulama Ahlis-Sunnah dalam teks-teks usulud-din mereka, Allah memberi rahmat kepada mereka.

Keimanan terhadap Allah dan  mentauhidkannya dengan huraian-huraian tentang sifat-sifatNya yang tidak terkira, dan kemudian dibicarakan sebagai kunci kepada pengenalanNya dua puluh sifat atau tiga belas, itu berdasarkan dalil-dalil akal atau dalil nakal, yang kita tidak  bicarakan secara terperinci di sini. Bagaimanapun memadailah kalau kita sebutkan sifat-sifat itu - untuk memperbaharukan ingatan kita tentangnya - sebagai wujud, qidam atau sediakala, baqa’ atau kekal, menyalahi  sekelian makhluk, berdiri sendiri, esa, hayat atau hidup, ilmu, qudrat atau kuasa, kehendak, mendengar, melihat, dan berkata-kata yang semuanya dirumuskan ulama berdasarkan Qur’an dan Sunnah, bukan sebagaimana dituduh oleh setengah pihak,daripada falsafah Yunani Purba; kemudian ditambah dengan perbincangan tentang sifat-sifat hal keadaanNya hidup, berilmu, berkuasa, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata.

Perbincangan tentang  mentauhidkan Allah juga dilakukan dengan membicarakan nama-namaNya yang sembilan puluh sembilan itu  dengan menyebut nama-namaNya: Allah, ar-Rahman, ar-Rahim, al-Malik, al-Quddus, as-Salam, al-Mu’min, al-Muhaimin, al-‘Aziz, al-Jabbar, al-Mutakabbir, dan seterusnya dengan huraian-huraian maknanya sebagaimana yang ada  misalnya dalam “Tafsir al-Jamal” dalam huraiannya berkenaan dengan maksud ayat yang bererti: "Dan bagi Allah Sifat-Sifat Yang Paling Indah, maka kamu serulah Ia dengan menyebutnya …".

Mentauhidkan Allah dan beriman kepada rukun-rukun iman yang lainnya sebagai natijah daripada beriman kepada ketauhidan Allah itu menimbulkan kesan dalam kehidupan manusia yang disebut dalam setengah hadith sebagai “cawangan-cawangan iman” (‘shu’ab al-iman’).Sebagai contoh dalam “Fathul-Bari” dihuraikan hadith:

Yang bermaksud: “Iman ada enam puluh lebih cawangannya, dan malu bertempat adalah satu cawangan daripada keimanan”.

Dalam hadith sahih riwayat Bukhari yang lain dinyatakan keimanan itu lebih daripada tujuh puluh cawangan, dan yang tertingginya ialah  mengucap “tiada tuhan melainkan Allah”, yang paling rendah sekali ialah membuang duri atau sesuatu yang menyakitkan dari jalan.

Dalam “Fahul-Bari”  dalam memberi huraian berkenaan dengan “cawangan-cawangan” iman hasil daripada tauhid dan keyakikan iman, pengarangnya membahagikan kesan-kesan itu kepada beberapa bahagian seperti “amalan-amalan hati”. Dinyatakannya bahawa amalan-amalan hati terdiri daripada: keimanan terhadap Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, QadarNya, Hari Akhirat. Alam Kubur, Bangkit sesudah mati, Berhimpun di Akhirat, Hitungan amal, Neraca Timbangan Amal, Titian Sirat, Syurga, Neraka; kasih dan benci kerana Allah, kasihkan rasul, iktikad tentang keagungan Rasul dan kemuliannya, berselawat terhadapnya, mengikut sunnahnya, mengamallkan sifat ikhlas dalam amalan, tidak bersikap riya dalam amalan, meninggalkan kemunafikan, bertaubat, takut kepada Allah, berharap kepadaNya, bersyukur kepadaNya, menunaikan janji dan amanah semuanya, sabar, redha dengan ketetapan dan hukumNya, bertawakkal kepadaNya, bersikap dengan sifat kasih sayang (rahmah), tawadhu’, memuliakan orang tua, kasihkan orang muda,tidak takabur, tidak ‘ujub, tidak hasad dengki, tidak berdendam, tidak marah bukan pada tempatnya.

“Amalan lidah” terdiri daripada: berlafaz dengan kalimah tauhid, membaca Qur’an, mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu, berdo’a, berzikir mengingat dan menyebut nama-nama Allah, beristighfar,dan menjauhi perbuatan dan percakapan yang sia-sia (ijtinab al-laghw).

“Amalan badan” disebutkan:berada dalam keadaan suci bersih dari segi lahir dan pada hukumnya, menjauhi najis-najis, menutup aurat, melakukan sembahyang yang wajib dan sunat, juga menunaikan zakat, membebaskan hamba abdi (boleh dikiaskan dengan keadaan moden dengan “hamba-hamba abdi ekonomi” dan sebagainya), mengamalkan sifat pemurah (al-jud), memberi makan kepada mereka yang memerlukannya, memuliakan para dhif, melakukan puasa yang wajib dan sunatnya, demikian pula menunaikan haji, dan umrahnya, melakukan tawaf, dan beriktikaf, berusaha untuk menghayati malam lailatul-qadar, berpindah untuk menyelamatkan agama bila itu dituntut oleh agama, berhijrah dari negeri syirik (dengan syarat-syaratnya), menunaikan nazar, bersungguh-sunguh menjaga iman dengan teguhnya, menunaikan kaffarah, mengawal diri daripada kejahatan dengan berkahwin, melaksanakan hak-hak keluarga, mentaati para ketua dan bersikap lemah lembut kepada para hamba (termasuk orang-orang bawahan).

Berkenaan dengan kehidupan dan pergaulan dengan orang ramai: mengikut jama’ah Muslimin, mentaati waliyul-amri, mendamaikan mereka yang berkelahi, berperang melawan mereka yang memberontak dan golongan Khawarij (yang menentang waliyul-amri), bertolong-bantu dalam melakukan kebaikan, menyuruh perkara-perkara yang baik dan melarang perkara-perkara yang mungkar, mengamalkan aturan-aturan jenayah berat mengikut Islam, melakukan jihad, termasuk ke dalamnya menjaga sempadan untuk menyelamatkannya daripada para seteru, menunaikan amanah-amanah, termasuk menunaikan “khumus” (dari rampasan perang), memberi orang berhutang, dan membayar hutang, memuliakan tamu, bergaul dengan akhlak yang baik (‘husn al-mu’amalah’), termasuk ke dalamnya menghimpunkan harta dari  punca-punca yang halal, membelanjakan harta pada tempatnya yang hak, tidak bersikap membazir, dan tidak melampau-lampau dalam perbelanjaan (termasuk kalau sekarang “conspicuous consumerism”: berbelanja kerana menunjuk-nunjuk bukan kerana keperluan yang menasabah), menjawab orang memberi salam, mendoakan orang yang bersin, menahan diri daripada menyakiti orang lain, menjauhkan diri daripada kesia-siaan, membuang duri (atau apa-apa yang memudaratkan) dari jalan.

Beliau menyatakan mungkin cawangannya itu tujuh puluh sembilan sifat dengan mengambil kira menceraikan setengah daripada apa yang digandingkan dan tidak diasingkan.

Amalan-amalan, sifat-sifat serta sikap yang timbul itu semuanya daripada ketauhidan kepada Allah yang ada dalam diri manusia. Kesannya jelas kelihatan dalam kehidupan keluarga dan masyarakat serta negara dan umat bila ketauhidan itu mantap.

 

Kesan Tauhid Dalam Fahaman Orang Yang Beriman:

Kalau dilihat dari segi yang berbeza, boleh disebutkan bahawa implikasi tauhid ke atas manusia dan kehidupannya boleh dilihat dari beberapa segi, antaranya ialah:

Dari segi fahamannya tauhid memaksudkan bahawa yang diyakini sebagai kebenaran tanpa tara ialah Keesaan Allah; tidak ada syak dan ragu lagi padanya. Buktinya samaada yang bersifat akli atau nakli menjadi dalil tentang kebenarannya; dalil dari pengalaman dan kesedaran batin itu merupakan bukti yang paling kuat untuk diri seseorang berpegang kepada kebenarannya. Itulah maksud tertinggi dari ayat yang bererti: "Ini adalah jalanku; aku menyeru manusia kepada Allah berdasarkan kepada 'basirah' (dalil yang nyata) ataupun pemandangan matahati, aku dan mereka yang mengikutku". (Surah Yusuf: Ayat 108). Ini memberi paksi kepada manusia, peribadi, dan hidup serta tamadunnya. Ini boleh dimisalkan sebagai adanya tempat duduki yang tetap dan teguh, tidak kucar kacir, bukan tidak stabil.

Sebagai contoh kita boleh sebutkan bagaimana kita ini tetap atas kerusi, kerusi tetap demikian kerana  ada lantai bangunan, bangunan itu tetap atas asasnya, asas bangunan itu tetap kerana ada bumi yang tetap, bumi tetap kerana ianya berada dalam sistem solar yang dengan gravitinya dan lain-lainnya menyebabkan ia tetap.Demikianlah manusia merasa tetap teguh dengan keyakinannya kepada tauhid; dengannya ia merasa tetap ada tempat berpijak bagi jiwa, hati dan akalnya.

Tauhid pada fahaman juga memaksudkan bahawa yang disembah dengan sebenarnya hanyalah Allah Yang Esa sahaja, tidak ada yang lain lagi. Penyembahan dalam erti pengabdian - ‘ubudiyyah - hanyalah untuk Allah sebagaimana yangg dinyatakan dalam al-Fatihah, “Engkaulah sahaja Yang kami sembah, dan kepada Engkalah sahaja kami meminta pertolongan”. Hakikat ini ternyata dalam ayat yang bermaksud: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu".

Fahaman tauhid yang mendalam menyebabkan tidak ada lagi kuasa-kuasa lain yang dinisbahkan Kuasa Tuhan padanya; hilang takhyul, fahaman syirik, dan sihir, hilang amalan bernujum yang disalahkan Syara’, dan hilang pemujaan yang dilarang Syara’ terhadap jin-jin dan lain-lainnya. Termasuk hilang pemujaan kepada perkara-perkara maknawi seperti akal, kecerdasan manusia, atau mana-mana aspek kepandaian atau ilmu manusia.Semuanya natijah daripada keyakinan terhadap KeEsaan Allah.

Tauhid pada fahaman ini memberi kepada insan matlamat hidup yang terakhir yang memberi makna kepada segala kegiatan. Manusia yang beriman kepada tauhid bertugas dan berusaha dalam konteks mencari keredhaan Allah di dunia ini, yang membawa kepada kebahagiaan yang kekal abadi. Ini jelas dalam pembacaan doa si mukmin selepas daripada takbir sembahyang, iaitu do’a yang bermaksud: "Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku (termasuk  perjuanganku, profesiku, perlaksanaan tugasku) adalah bagi Allah Tuhan Yang mentadbir sekelian alam". Dengan ini tidak ada kekosongan atau kehilangan makna - “loss of meaning” - dalam hidupnya. Semuanya mendapat makna dalam konteks mencari keredhaan Tuhan. Dalam konteks seperti inilah Nabi s.a.w. menyatakan keheranannya tentang hidup si mukmin sampaikan bila kakinya terkena duripun ada mempunyai makna. Penyakit “kehilangan makna” tidak akan berlaku atas si mukmin yang berkesan keimanannya dalam membentuk jiwa dan kablbunya.

Keimanan tentang tauhid menjadikan si mukmin tidak putus asa dalam hidupnya walau bagaimamanapun teruknya cabaran yang dihadapi dan walau bagaimana negatifnya suasana yang dihadapi, sehinggakan kalau dilihat dari segi perkiraan duniawi tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan sekalipun, ia tidak berputus asa. Inilah antaranya yang dimaksudkan oleh ayat Qur’an yang bermaksud “Jangan kamu berputus asa daripada pertolongan Allah, sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat (atau pertolongan) Allah melainkan orang-orang kafir” (Surah Yusuf: Ayat 87). Di sinilah tauhid memberi asas kepada aksiologi si mukmin, sehingga sistem nilainya lengkap dan tinggi.

 

Aksiologi Daripada al-Asma’-al-Husna:

Tauhid pada fahaman menjadikan insan yang yakin kepada tauhid itu mendapat "peta" pembangungan peribadinya pada “Diri Tuhan Sendiri Dengan Sifat-SifatNya Yang Maha Sempurna dan Nama-NamaNya Yang Maha Indah” (al-Kamalat wa’l-Asma’ al-Husna). Maksudnya, sebagaimana yang dihuraikan antaranya dalam “Tafsir al-Jamal” dalam hubungan dengan hadith Tirmidi yang bermaksud: “Tuhanmu mempunyai sembilan puluh sembilan Nama, maka sesiapa yang membilangnya ia masyuk ke dalam Syurga”. Maksudnya, antaranya, dihuraikan bahawa hendaklah insan yang beriman itu menjadikan peribadinya terbentuk mengikut pengajaran yang boleh didapati daripada maksud nama-nama Tuhannya.

Misalnya kalau Allah bersifat dengan sifat Kasihan Belas - dengan NamaNya al-Rahim - maka si mukmin sebagai hamba Tuhannya hendaklah bersifat dengan sifat kasihan belas pada paras manusiawinya. Dengan itu maka ia “hampir” kepada Tuhannya melalui sifat itu. Dengan itu ianya lebih hampir kepada kesempurnaannya sebagai manusia yang beriman. Kalau Tuhan bernama al-Malik - Raja dengan sifat-sifatNya sesuai dengan Nama “al-Malik” itu, maka hendaklah si hamba membentuk peribadi sesuai dengan kedudukan sebagai ”raja” yang menguasai dirinya supaya taat kepada Tuhan dan menjalankan KehendakNya, jangan membiarkan dirinya menjadi rendah dan berkhidmat kepada Setan. Kalau Allah bernama al-‘Alim - Yang Maha Mengetahui - maka manusia yang beriman hendaklah membentuk dirinya menjadi orang yang berilmu, yang mengenal Tuhannya, ajaran Tuhannya, dan mengetahui ilmu-ilmu lain dalam konteks ketauhidan Tuhannya  serta mengetahui ilmu-ilmu untuk menjadikan dirinya dan hidupnya bermaruah dalam dunia ini. Dengan itu jadilah ianya hampir kepada Tuhannya melalui sifatnya berilmu itu.Kalau dikiaskan kepada bangsa, maka bangsa itu bangsa yang berilmu yang martabatnya mulia kerana ilmunya. Di sini keimanan kepada Tauhid membawa implikasi dalam bidang epistemologi atau faham ilmu  dan aksiologi atau faham nilai yang sangat diperlukan kejelasannya.

Di sini kita lihat bagaimana kepentingan ilmu diberikan perhatian yang sangat pokok oleh para ulama Islam, seperti Imam al-Ghazali rd dan Ibn Khaldun rh antara yang sekian ramai itu. Dan Ibn Khaldun rh menghendaki supaya ahli ilmu itu mencapai kemahiran yang memuncak dalam bidang ilmunya sampai menjadi sebagai sepertri tabiat yang kedua bagi dirinya, seolah-olah seperti terbang burung di angkasa dan bernang ikan dalam air. Kata-kata bandingan itu bukan dari Ibn Khaldun tetapi dari penulis ini. Beliau menggunakan  istilah “malakah” untuk mengungkapkan kemahiran tertinggi dalam ilmu itu. 

Sebab sedemikian pentingnya ilmu ini maka Imam al-Ghazali rd menghuraikan bagaimana ahli ilmu yang berkhidmat dengan baik dalam pengembangan ilmunya berdamping diri dengan Tuhan - bertaqarrub- melalui kegiatannya itu; demikian pula pelajar yang mempalajari ilmu yang berguna - ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu umum kerana Tuhan dan kerana berkhidmat kepada umat dalam fardhu kifayah - bertaqarrub kepada Tuhan dalam kegiatan pembelajarannya.

Selain dari itu beliau menghuraikan bagaimana dalam konteks tauhid semuanya berkhidmat kepada Tuhan, mulai daripada ahli  ibadat semata (abid), sampai kepada pengajar ilmu, penuntut ilmu, petugas menjaga keluarga (muhtarif), peribadi yang berkhidmat untuk masyarakat (walin), dan ahli tauhid taraf tertinggi yang tenggelam dalam pengalaman tauhidnya yang memuncak (muwahhid) semuanya berfungsi dalam menjayakan tauhid dalam hidupnya masing-masing - mulai dari orang biasa sampai kepada petugas masyarakat dan penjaga keluarga juga ahli rohaniah yang tertinmggi sekali dalam umat.Dalam konteks masyarakat moden kitra boleh kiaskan mereka yang terlibat di dalamnya dengan tugas-tugas mereka masing-masing.

Kalau Tuhan bernama dengan nama as-Sattar - Yang menutup aib hambanya, kemudian di akhirat bila ia beruntung Ia ampunkan aib itu- maka hendaklah si mukmin itu menutup aib jirannya dan  kenalannya supaya dengan itu aib dirinya tidak di"buka" oleh Tuhan di hadapan sekalian makhluk di Akhirat nanti. Allahumma salimna.

Kalau Tuhan bernama al-Mutakabbir - Yang membesarkan DiriNya, Yang Takburr, kerana Ia berhak dengan perbuatan demikian - maka hendaklah si mukmin berendah diri kepada Tuhannya dan kepada sekelian mukminin, tetapi bertakabur dengan Setan supaya dengan itu ia tidak membiarkan dirinya menjadi “khadam” kepada Setan, yang meruntuhkan kemuliaan dirinya, sampai dirinya akan menjadi “yang sehina-hinanya”.

Dengan ini si hamba mempunyai sifat kemuliaan diri atau harga diri yang sebaiknya sebagai khalifah Tuhan di bumi dan hambaNya.

Bila Tuhan bernama dengan Nama an-Nafi’ - Yang Memberi Menfaat kepada sekalian akhlukNya - maka si mukmin hendaklah membentuk peribadi sebagai orang yang mendatangkan kemanafaatan kepada orang lain, bukan sebaliknya. Ini jelas pula daripada hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Manusia yang sebaik-baiknya ialah orang yang paling mendatangkan faedah kepada manusia".

Kalau Allah bernama dengan Nama al-Muhaimin - Yang Menjaga - maka para hamba hendaklah pada paras manusawinya  menjadi penjaga sekalian yang mesti dijaga dirinya, keluarganya, bangsanya, umatnya, agamanya, demikian seterusnya dan janganlah ia menjadi perosak. Demikianlah apa yang disebut sebagai “bahagian hamba” - hazz al-‘abd - oleh pengarang “Tafsir al-Jamal” dalam hubungan dengan Nama-Nama Allah yang menjadi penentu dalam hidupnya dari segi metafisikanya, faham alamnya, aksiologi atau faham nilainya, epistemologi atau faham ilmunya.

 

Tauhid Dalam Amalan:

Bila kita menjurus kepada amalan, maka tauhid menjadikan manusia itu menunaikan ibadatnya, seperti sembahyangnya - sebab itu pengabdian kemuncak, terlambang dengan hakikat ianya dikurniakan waktu miraj Rasul s.a.w. - puasanya, zakatnya, hajinya, nazarnya, kafarahnya, membaca Qur’an, wirid dan zikirnya, do’anya, bahkan, sebagaimana yang diajarkan oleh Imam al-Ghazali rd dalam "Ihya’"nya, “Hendaklah semua gerak-geri hidup kamu dan diam kamu menjadi ibadat atau penolong kepada ibadat kepada Tuhan,” sampaikan Imam utama ini rd menyatakan bahawa bermainpun biarlah berlaku dalam konteks pengabdian atau ibadat kepada Tuhan!

Tauhid pada amalan menyebabkan manusia berakhlak dengan akhlak yang mulia seperti bersifat benar, amanah, ikhlas, kasihan belas, bertimbang rasa, bersaudara, berkasih sayang dalam keluarga dan masyarakat, bermaaf-maafan bukan berdendam, pemurah bukan bakhil dalam kebajikan, bukan membazir, bukan melampau dalam berbelanja,berhemat dan cermat, bukan hanya waktu ekonomi gawat sahaja, menjaga perpaduan bukan mengusahakan perpecahan, apa lagi dalam umat menghadapi ancaman,  berkerjasama dalam kebajikan, iaitu berkerjasama dalam keluarga, dalam masyarakat, bangsa dan umat, antara rakyat dengan rakyat, antara rakyat dengan pihak penganjur, berkerjasama antara ulama, cendekiawan, para pemimpin, hartawan dan orang awam. Bersifat gigih dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kebaikan dan jasa kepada manusia semuanya.

Tauhid menyebabkan berlaku perpaduan dalam keluarga dan timbulnya keluarga bahagia dan perkasa yang membantu dalam membina masyarakat yang beradab, berilmu, dan perkasa dengan amalan-amalan “budaya perkasa”  atau “strong culture”. Ini boleh dikaitkan dengan kata-kata terkenal “Hidup bersendikan adat, adat bersendikan Syara’ dan Syara’ bersendikan Kitab” yang melambangkan  kesepaduan hidup ketamadunan yang terbimbing oleh wahyu dan ajaran agama dengan dibantu oleh keupayaan dan akal manusiawi.

Tauhid dalam amalan ditimbulkan dalam hidup manusia dengan penuh ketaatan kepada Kehendak Tuhan yang terjelma dalam ketaatan kepada Hukum Syara’Nya dalam ibadatnya, hidup keluarganya, mu’amalahnya, hidup kenegaraannya, budayanya, ilmu pengetahuan dan sainsnya, teknologi dan penyelidikan serta maklumatnya. Ketaatan kepada Tuhan dalam semua perkara inilah merupakan manifestasi tauhid  dalam tamadun manusia selain daripada tauhid yang nyata dalam hidup peribadi dan keluarga serta masyarakatnya. Adanya kederhakaan dalam masyarakat manusia - kerana dunia bukan akhirat- adalah kerana kelemahan-kelemahan manusiawi - “human failings” - bukan kerana agamaa bukan praktikal atau “above human”. Sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran dalam ayat yang bermaksud “Tuhan tidak membebankan diri manusia melainkan setakat apa yang termampu olehnya”, dan dalam konteks yang lain Allah berfirman, maksudnya “Allah tidak membebankan sesuatu diri manusia melainkan daripada apa yang dikurniakan kepadanya (daripada Ni’matNya)”.

 Tauhid pada amalan membawa manusia membina hidup ketamadunan mengikut apa yang diajarkan oleh Tuhan dalam budaya ilmunya, siasahnya, ekonominya, hidup kemasyarakatannya, keseniannya dan budayanya, perang dan damainya. Penyelewengan-penyelewengan yang berlaku adalah kerana kelemahan-kelemahan manusiawi dari segi individu dan kelompoknya. Agama datang untuk menyembuhkan manusia dan tamadun daripada “kelemahan-kelemahan manusiawinya” bukannya untuk mengazabkan manusia atau menghalangnya bersuka-suka secara rasional dan menasabah serta sejahtera dalam dunia ini.

Sebab itu dalam sejarah dan realiti kehidupan mengikut kadar yang berbeza-beza tauhid dan prinsipnya terbayang dalam hidup mereka yang beriman dalam keyakinannya kepada tauhid, ibadatnya, hidup akhlaknya, keluarganya, mayarakatnya, dan umatnya. Terbayang hakikat ini dalam sistem ilmunya - hubungan harmonis antara ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu umumnya sebagaimana yang terbayang dalam huraian Ibn Khaldun rh dalam “al-Muqaddimahnya”, dalam persuratan Islam, seni benanya, perancangan bandarnya, serta keharmonian antara alam tabiI dan alam binaan manusia (“human built environment”).

Al-Marhum Prof Ismail Raji al-Faruqi dalam buku terkenalnya “Tawhid: Its Implications For Thought and Life” berbicara dengan meluasnya aspek-aspek dan implikasi tauhid ini dengan menyebut tentang tauhid sebagai inti pengenalan agama, sebagai intisari Islam, sebagai prinsip sejarah, prinsip metafisika, prinsip etika, susunan sosial, prinsip ummah, prinsip keluarga, prinsip susunan siasah, prinsip susunan ekonomi, prinsip susunan hidup seluruh dunia, serta prinsip estetika.

 

Kesyirikan Yang Bercanggah Dengan Tauhid Pada Fahaman

Dilihat dari segi fahamannya, kesyirikan ialah menisbahkan kuasa atau Sifat-sifat Tuhan kepada makhluk-makhluk atau kuasa-kuasa selain daripada Allah Tuhan Yang Sebenarnya.

Kesyirikan bermakna menyembah yang selain daripada Allah atau kuasa-kuasa yang selain daripadanya; atau memuja yang lain selain daripadanya sebagaimana Ianya disembah dan dipuja, atau sebagaimana IaNya dimuliakan dan disanjungi. Ini disebutkan sebagai syirik yang besar dan nyata (syirik akbar atau syirik jaliy). Syirik ini kalau orang yang berkenaan tidak bertaubat daripadanya, ia akan menyebabkan azab yang berkekalan. Nauudhu billahi min dhalik.

Syirik yang satu lagi ialah syirik kecil atau syirik yang tersembunyi (syirik asghar atau syirik khafy). Syirik kecil ialah syirik dalam erti misalnya melakukan kebaikan kerana lain daripada berniat mencari keredhaan  Tuhan, seperti seseorang melakukan ibadat kerana hendak mencari pengaruh; atau memberi sedekah dengan niat supaya disanjung dan diterima sebagai peribadi yang mempunyai keutamaan; demikian seterusnya; itu syirik kecil atau syirik tersembunyi yang membatalkan pahala amalkan dan kebajikan; ianya bukan menyebabkan kekal dalam azab di Akhirat; bagaimanapun ia menyebabkan amalan menjadi sia-sia tanpa pahala, bahkan menyebabkan azab sesuai dengan keadaan berat atau ringannya kesalahan orang yang berkenaan.

Dalam hubungan dengan syirik yang sedemikian Allah menyoal dalam al-Qur’an dalam ayat yang bermaksud: "Adakah kamu melihat orang yang menjadikan keinginan nafsunya sendiri (“hawahu”) sebagai tuhan?" (Surah al-Furqan: Ayat 43).

Adapun amalan duniawi, seperti pertukangan atau sesuatu kemahiran yang dimiliki, bila seseorang itu melakukan usahanya dengan baik dan bahkan cemerlang supaya amalannya diberikan nilaian dan prestasi yang baik, dengan itu ianya menjadi popular, dengan itu ia mendapat rezeki yang halal, itu tidak termasuk ke dalam perkara keji yang disebut di atas. Bahkan orang yang berkenaan, kalau ia orang yang beriman, boleh memasang niat bahawa ia sedang melakukan kerja untuk menguatkan ekonomi umat, untuk memberi kekuatan kepadanya, sebagaimana yang dianjurkan oleh Ibn al-Hajj rh dalam kitabnya yang terkenal “al-Madkhal” itu. Bahkan ini boleh termasuk ke dalam maksud hadith nabi yang bererti: "Sesiapa yang menuntut dunia yang halal kerana hendak mengelak dirinya daripada meminta-minta dari orang lain, kerana memenuhkan keperluan keluarganya, dan kerana kasihan belas kepada jirannya (dan ia membantu mereka dengan hartanya itu), maka ia datang ke Ahirat pada Hari Kiamat dengan wajahnya gemilang seperti bulan pernama empat belas hari bulan".

Seorang ahli sains yang membuat penyelidikan membina senjata yang ampuh yang boleh mempertahankan bangsanya daripada diceroboh oleh pihak musuh, dengan itu ia menjaga agamanya dan bangsanya serta negaranya, atau ia boleh memberi kekuatan kepada saudaranya Muslimin dalam negeri lain supaya tidak dianiayai oleh pihak lain, maka itu adalah perbuatan yang paling bermakna dalam khidmat kepada umat. Boleh diingatkan pada zaman klasik bagaimana al-Baghdadi rh menyebut bahawa satu daripada golongan Ahlis-Sunnah wal-Jamaah  yang berjasa kepada umat yang menentukan kedudukan umat ialah orang-orang yang menjaga sempadan negeri umat Islam supaya tidak diceroboh oleh musuh (al-murabitun”). Maka maksudnya termasuklah golongan yang menjayakan fungsi demikian dengan mengadakan senjata yang berkesan untuk tujuan itu. Dengan itu maka terlaksanalah juga suruhan dalam al-Qur’an yang bermaksud: "Bersiap sedialah kamu bagi menghadapi para musuh dengan pelbagai jenis kekuatan" (Surah al-Anfal: Ayat 61) sesuai dengan keadaan dan zaman berkenaan; kalau pada zaman kita ini ianya merujuk kepada kekuatan senjata yang sesuai dengannya.

Dan tidaklah boleh dikatakan syirik orang yang mempertahankan negara itu, kecualilah ia menganggap negera itu seperti Tuhan baginya! Dijauhkan Allah dari yang demikian itu!

 

Syirik Dalam Perbuatan:

Ringkasnya syirik besar dan nyata dalam perbuatan merujuk kepada perbuatan memuja apa-apa selain dari Allah sebagaimana memuja Allah; termasuk ke dalamnya memuja makhluk-makhluk halus atau manusia melebihi batasan; adapun sifat kasihkan seseorang kerana ia melakukan kebaikan kepada orang ramai, itu adalah perkara yang baik yang termasuk ke dalam maksud hadith Nabi saw yang bererti: "Sesiapa yang tidak mengenang budi kepada manusia (yang melakukan kebaikan kepadanya), maka orang itu tidak sempurna dalam perbuatannya bersyukur kepada Allah".

Termasuk amalan yang mesti dielakkan ialah sihir sebab ia memusnahkan keimanan manusia dan boleh memnbawa kepada kesyirikan. Dalam media amalan sihir dilaporkan membawa kepada pembunuhan selain daripada akibat-akibat lain yang membahayakan serta memusnahkan hubungan baik ahli masyarakat.

Syirik kecil dan tersembunyi ialah sifat ria, iaitu melakukan kebaikan dalam agama kerana mengharapkan perhatian dan sanjungan manusia; itu membatalkan amalan dan kebajikan seseorang; adapun perbuatan yang bersifat duniawi, seperti pertukangan dan kemahiran maka itu tidak mengapa, walaupun yang lebih baiknya ialah seseorang itu menjalankan profesinya dan kemahirannya dengan niat menguatkan umat dalam rangka menjalankan fardhu kifayahnya, seperti yang tersebut dalam kitab Imam al-Ghazali rd atau kitab Ibn al-Hajj rh.

Dalam ajaran Ahlis-Sunnah wal-Jamaah bertawassul adalah harus, samaada pada orang yang hidup atau orang yang sudah meninggal dunia. Tidak perlu dijadikan masalah bila ada setengah kalangan yang menganggap itu kesyirikan; sebab yang diminta ialah dari Allah; orang yang mulia itu disebut kedudukannya yang mulia di sisi Allah. Dengan itu maka permohonan itu cepat makbulnya.

Perbuatan melawat makam mereka yang utama dan menghadiahkan pahala amalan juga perbuatan yang mulia di sisi Ahlis-Sunnah, dan berdoa di makam orang itu, dengan barakahnya, maka doa itu boleh dikabulkan dengan segera. Itupun amalan yang bukan dilarang dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah, walaupun ada pihak-pihak yang melarangnya seperti Muhammad bin Abdul Wahhab dan Ibn Taimiyyah. Itu adalah pandangan mereka, yang berlawanan dengan pandangan jumhur. Allahumma sallimna wal-Muslimin. Mereka yang mahu menganggap pandangan mereka berdua itu lebih utama dari jumhur, itu adalah pilihan masing-masing. Hendaklah diamalkan adab dalam berbeza pendapat dalkam perkara-perkara seperti ini dan jangan dijadikan isu sampai sesuatu puak melemparkan tuduhan bidah dan sesat kepada pihak lain. Apa lagi kalau sampai timbul sikap menghalalkan darah dan berperang sama Islam, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab yang berperang menjatuhkan Turki ‘Uthmaniah yang menyebabkan sampai sekarang umat tidak mempunyai khilafah seperti anak-anak tanpa bapa. Dan pihak musuh cenderung untuk membiarkan pemikiran seperti ini supaya Islam hancur dari dalam, asalkan pihak mereka pula tidak terjejas. Lain halnya kalau sesuatu perkara itu sudah diijmakan salahnya, maka perlulah itu dinyatakan dengan terang.

Demikian pula tidak perlu dikatakan syirik kepada mereka yang mengadakan aturan-aturan duniawi dalam mana-mana bidang kegiatan  seperti komunikasi, pengangkutan, pertanian, dan yang sepertinya yang  berupa aturan-aturan profesi yang menjayakan bidang yang berkenaan sesuai dengan tabiat kemahiran demikian itu. Mereka yang mengadakan aturan-aturan itu demi untuk menjaga kejayaan bidang-bidang itu asalkan ianya tidak berlawanan dengan kehendak agama yang mahu menjaga kemaslahatan nyawa, agama, maruah, harta, keturunan manusia, keamanan dan apa juga yang diperlukan - bukannya boleh ditafsirkan sebagai “merampas” Hakimiyyatu’Llah atau Kuasa membentuk Aturan yang ada pada Allah - oleh itu perbuatan mereka itu berupa kesyirikan. Kita perlu mengelak diri daripada kecenderungan Khawarij yang sedemikian itu yang telahpun mengakibatkan kegetiran dalam sejarah dawah di setengah negara di Asia Barat. Perkara sedemikian tidak perlu kita mengulanginya di tempat lain.

Perkara yang seperti ini disentuh dengan baiknya oleh Hasan al-Hudaibi rh dalam bukunya yang terkenal itu iaitu Duatun la Qudah” (Pendakwah Bukan Penghukum).

Perbincangan tentang kesyirikan tidaklah perlu terlanjur sampai timbul dakwaan-dakwaan dan tuduhan-tuduhan, antaranya seperti: 

  • syirik kecil itu sebahagian yang tidak terpisah daripada syirik besar, yang membawa kepada menghalalkan darah orang yang terlibat di dalamnya; 

  • atau tuduhan bahawa kefahaman ulama Ahlis-Sunnah tentang tauhid umumnya salah; 

  • atau Abu Jahal lebih mengetahui tentang la ilaha illa’Llah daripada ulama Islam; 

  • atau tuduhan bahawa kesyirikan di muka bumi bermula dengan perbuatan ahli ilmu dan agama, kerana mereka cinta kepada para wali; 

  • atau tuduhan bahawa para kufar yang mengetahui tentang kekufuran mereka adalah lebih baik terbimbing daripada orang-orang yang beriman -inna’l-kuffara ‘lladhina ya’rifuna kufran ahda sabilan minal-mu’minin

  • atau tuduhan “Keadaan sedemikian merusutnya sehingga sampai, di kalangan kebanyakan manusia, menyembah orang-orang agama adalah amalan yang paling baik, disebutkan sebagai kewalian, manakala menyembah ulama fikah dikatakan sebagai ‘pengetahuan dan ilmu fikah’. Kemudian keadaan menjadi merusut lagi sampai orang-orang yang tidak auliya’ pun disembah selain dari Allah, dan pada darjah kedua pula, mereka yang jahil”

  • Juga tuduhan yang menyatakan bahawa sya’ir Burdah oleh al-Busiri sebagai sesuatu yang berupa kesyirikan (kerana memuji nabi s.a.w. -p).

  • atau tuduhan bahawa panggilan “qadil-qudah” - kadhi dari sekelian kadhi - sama dengan “Syahin-syah- raja sekelian raja” (yang membawa kepada menghukumkan orang yang berkenaan kafir)

  • atau sampai membawa kepada fahaman bahawa Allah s.w.t. mempunyai Dua Tangan, tangan kanan memegang langit dan yang satu lagi memegang bumi.”

Kesimpulan:

Sebagai kesimpulannya kita melihat bahawa tauhid yang berasaskan kenyataan:

“tiada  tuhan  yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, dan Muhammad adalah Rasulullah” atau “aku menyaksikan bahawa tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, dan aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah” itu membawa maksud dan keyakinan bahawa hakikat yang sebenar-benarnya hanya satu sahaja, iaitu Allah, dan Ia Tuhan Yang Maha Esa, yang kita sembah. Keredhaan Dia sahaja terakhirnya yang kita cari; KehendakNya sahaja yang kita ikut; hakikat ini mendatangkan kesan pada faham alam kita, faham ilmu, dan faham nilai. Ini yang menentukan konsep kita tentang kehidupan, budaya, tamadun, ilmu, dan nilai. Inilah yang menentukan ibadat, hidup rohani, akhlak, peraturan hidup, serta perjuangan dalam kehidupan individu, dan kolektif serta ketamadunan kita. Sepatutnya inilah hakikat dan prinsip yang memartabatkan dan memuliakan kita dari dunia sampai ke alam yang kekal abadi. Inilah yang menyatupadukan serta menguatkan kita dalam percaturan hidup, bukan sebaliknya. Kesyirikan ialah mempelbagaikan  Tuhan yang berupa dosa dan jenayah terbesar, diikuti oleh syirik kecil memuja nafsu dan keinginan sendiri yang membawa kepada penyelewengan hidup dengan pelbagai perkara negatif dalam hidup individu, kolektif serta budaya dan ketamadunan. Pengembalian semula kepada kefahaman yang tepat dan meluas tentang tauhid serta penghayatannya yang menyeluruh dengan implikasi-implikasinya, dengan penolakan syirik dalam fahaman dan amalan sejauh-jauhnya, dalam rangka fahaman dan amalan hidup Sunni, inilah yang menjamin kejayaan dan kebahagiaan sesungguhnya; dan inilah yang menentukan nasib sebenarnya bagi diri dan umat kita.

Wallahu a’lam.  


Posted at 08:38 am by ibnuqudamah
Make a comment  

Friday, February 18, 2005
The Windows Shop


I wonder if the shop has been upgraded to Windows XP?

Posted at 10:51 am by ibnuqudamah
Make a comment  

Thursday, February 17, 2005
kenyataan artis malaysia yang paling tak masuk akal....

Calon pertama: CHEF WAN
"Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah seperti aerobik?",

Calon kedua: MISHA OMAR
"Misha rasa gembira menyambut kemerdekaan negara kali ini kerana kali ini, dapat berduet ngan abang jamal".

Calon ketiga: SYANIE
"Syanie...apakah niat anda apabila anda berjaya mengurangkan berat badan"... Jawapan dari Syanie.."Niat saya yg pertama..ingin memakai bikini di tepi pantai.....".

Calon keempat: AHLI KUMPULAN X FACTOR (tak tau sapa)
"Saya gembira menyambut hari kemerdekaan kita bila negara kita berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1956," jawab salah seorang ahli kump X-Factor apabila ditemubual dalam satu rancangan khas mengenai kemerdekaan tahun lalu dalam siri "Bersama Norman" yang disiarkan di TV1.

Calon kelima: FIZA
"Fiza pakai seksi sebab bersyukur dengan penberian tuhan"

bagi aku...........semua yg di bawah bodoh....


...tp statement fiza(elite) itulah yg terbodoh di antara yg bodoh.

Posted at 09:47 am by ibnuqudamah
Make a comment  

Wednesday, February 16, 2005
Muqaddimah

Assalamualaikum.....Aku sebenarnya tak baper reti nak tulis kat blog ni....sesajer nak try. Ini pun kali pertama aku tulis kat blog ni..Pointnyer aku buat blog ni adalah nak paste artikel berkenaan dengan isu wahabi. Aku tau mungkin ada yang terpinga2 tak tau atau sajer2 buat tak tau atau menganggap perkara ni tak berapa penting.Perkara remeh-temeh. Bagi aku kalau tak penting aper jadah aku buat blog dan membebel tak tentu arah kat sini.

Apa yang aku dapati dikalangan rakyat Malaysia (orang awam) masih lagi jahil tentang fahaman ini. Kalau bahasa orang lama ialah Gerakan Kaum Muda Vs Gerakan Kaum Tua. Kesimpulan yang aku baca dan aku dapat Wahabi ialah gerakan kaum muda...

Aku dapat bermacam2 pertanyaan tentang fahaman ini bertanyakan adakah mereka ini Ahli Sunnah Wal Jamaah atau tidak? Ada 2 jawapan kat sini yang boleh aku beri iaitu Ya dan tidak. Persoalan tu kita tinggal dulu dan korang boleh dapat jawapannya kalau korang istiqomah ngan blog aku ni.

Harus aku beritahu korang semua yang aku sekali2 tidak mahu dan tidak akan mengkafirkan Ahli Qiblat dan orang yang mengucap 2 kalimah shahadah. Bermakna aku tak mengkafirkan Ibnu Taimiyyah dan Muhammad Bin Abdul Wahab. Mereka dah lama mati dan kita tak boleh nak berjidal dengan mereka dan bertanyakan masalah ni kepada mereka.

Mungkin apa yang berlaku keatas mereka dan dan hasil tulisan mereka sudah ditaburi dengan fitnah walaupun sebahagian besar Ulama kita khususnya di Mesir, Emirates, Syria tidak menafikannya.  

Apa yang aku tau mereka yang berpegang kuat dengan fahaman ni banyak yang berada di Arab Saudi. Hatta student kita pun ramai ader kat sana dan sebahagian besar dah terpengaruh.

Katakan apa yang terjadi pada Ibnu Taimiyyah dan Muhammad Bin Abdul Wahab adalah fitnah. Baik! kita lupakan mereka. Jadi kitab percuma tentang aqidah dan fatwa merepek yang saban tahun kita dapat ketika menunaikan haji tu sapa yang tulis. Bukankah kebanyakkan tulisan2 yang terdapat didalam buku2 percuma tu di kutip dari mulut dan hasil karangan Muhammad Bin Abdul Wahab sendiri. Sapa fitnah sapa sekarang.  Sila baca sendiri dan kau akan tahu. 

Ramai yang memuji kelebihan yang ada pada Muhammad Bin Abdul Wahhab dan Ibnu Taimiyyah. Baik! sapa pulak Abdul Aziz Bin Baz, Nasiruddin Albani, Abu Bakar Al-Jazairi DLL. Baca kitab mereka yang tak sah kalau takder kalimah mengkafirkan orang, membidaahkan orang atau menuduh org syirik. Walhal pada bukan perkara Iktikad dan aqidah. Banyak perkara yang mendahului ijma ulama yang silam di dalam fatwa mereka.  

Aku menyeru pada para sahabat semua yang mengaku belajar agama hatta di Al-Azhar sendiri buat perbandingan dan jangan melulu terima pendapat mereka. Takkan semua ulama di dunia ini tertumpu di Saudi ajer. Mana dia ulama di Mesir, Qatar, Syria, Lubnan, Yaman, Emirates DLL. Aku hairan di mana kitab hasil karangan ulama2 Azhar. Adakah kitab karangan mereka Low Class berbanding Albani atau bin Baz. Adakah Sheikh Abdul Halim Mahmud, Sheikh Jadul Haq, Sheikh Sya`rawi tu semua lekeh bagi pandangan mata korang semua berbanding Abu Bakar Al-Jazairi yang setiap kali kelas beliau di Masjid Nabi mengungkapkan "sesungguhnya Ibu Bapa Rasulullah di dalam neraka" walhal di dalam masjid itu juga bersemadinya Jasad manusia agong, kekasih Allah, Rasulullah Muhammad Ibnu Abdullah. Fikirkan!!

Siapa dia Albani yang korang semua panggil dia sheikh tapi dalam kitabnya "Ahkam Al-Janaiz wa Bid`atuhu" menyeru agar semua muslimin di dunia ini membongkar maqam Rasulullah dan di alihkan ketempat lain dengan alasan ia sebesar2 bidaah umat islam hari ini. Aku berasa hairan kerana selama 1400 tahun takder ulama (Imam Syuti, Ibnu Hajar AsQolani, Ibnu Hajar Haithami, Imam Nawawi, Ulama 4 mazhab dan anak murid beliau dan ribuan lagi ulama) yang berani untuk bercakap sebiadap itu dan kita hari ini menganggap beliau sheikh besar yang layak untuk menghina Rasulullah S.A.W. Kalau pun ader diantar fatwa beliau yang logik dan bagus dan boleh terima pakai di dalam agama kita tetapi kenapa perlu kita berIDOLAkan ulama seperti ini.

Aku tak mereka atau mengadakan cerita tetapi ini kebenarannya dan hakikatnya yang terdapat pada hari ini. Beli dan baca sahaja kitab karangan mereka dan bandingkan dengan kitab ulama yang aku dah sebutkan diatas. Aku berani jamin takkan ader satu pun kalimah mengkafir atau membidaahkan orang di dalam masalah fekah berbanding dengan ulama wahabi yang aku sebut kat atas.

Banyak lagi kesilapan mereka kalau aku nak ungkapkan di dalam artikel ini. Tapi kita slow-slow ajer dulu takut tak termasuk di akal kita yang kecil ni.

Jadi aku menyeru pada pembaca sekalian jangan kita terpedaya dengan memakai pendapat mereka. Banyak lagi ulama yang boleh kita pakai hasil tulisan mereka. InsyaAllah secara perlahan2 akan aku cuba membawakan lagi contoh2 dan kisah akan kejelikan dan kebiadapan mereka dan mengapa sampai sekarang sudah ader lebih 100 buah kitab yang menolak fahaman mereka yang dikarang oleh ulama2 yang boleh kita yakini kesucian hati mereka dalam membela agama Allah ini.
 

Bersambung....










Posted at 09:44 am by ibnuqudamah
Make a comment  

Al-Azhar

Sejarah Ringkas dan Pengenalan

Boleh dikatakan seluruh dunia mengenali al-Azhar, sebuah pusat pengajian yang membekalkan ramai ulama'-ulama' yang terkenal dan terbilang. Namun, tidak ramai yang mengetahui sejarah dan perkembangannya. Di halaman ini dibentangkan, sejarah dan pengenalan al-Azhar secara ringkas untuk pembacaan semua.

Ianya mula dibina oleh Kerajaan Fatimiah. Langkah pertama yang dilakukan ialah membina Masjid Al-Azhar pada hari Sabtu Bulan Jamadil Awal, tahun 359 Hijrah. Pembinaannya mengambil masa 2 tahun, dan berakhir pada hari sabtu 7 Ramadhan tahun 361 Hijrah bersamaan dengan 22 Jun tahun 972 Masihi. Pembinaan ini telah dimulakan oleh Jauhar as-Saqali seorang panglima
perang di zaman Fatimiah. Masjid ini pada awalnya dibina sebagai Masjid Rasmi bagi Kerajaan Fatimiah yang bermazhab Syiah sebagai pusat penyebaran dakwahnya dan bagi menunjukan kemajuan Kerajaan Fatimiah itu sendiri.

Keadaan ini berterusan sehingga tiba Kerajaan al-Ayubiah (Salahuddin al-Ayubi) yang berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Kerajaan al-Ayubiah ini bertungkus-lumus dalam memerangi pemikiran Syiah dan mengembangkan Mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah. Keadaan ini berterusan selama sekurun hinggalah Zaman Kerajaan Beraja di Mesir.

Majlis ilmu yang julung kali dijalankan di Masjid al Azhar pada tahun 365 Hijrah (975 Masihi) oleh Kadhi Abu Hassan Ali Ibnu An-Nu'man. Idea untuk menjadikan al-Azhar ini sebagai sebuah Maahad timbul daripada seorang Menteri yang bernama Yaaqob ibnu Kals dengan izin Khalifah Al-Azizu Billah pada tahun 378 Hijrah (988 Masihi). Dan beliau (Khalifah) menentukan ulama'-ulama'
yang mengajar disana pada setiap kali selepas mengerjakan Solat Jumaat sehingga waktu Asar, yang diketuai oleh Al-Uqbah Abu Yaaqob. Kesimpulan dari maklumat diatas, bolehlah dikatakan al-Azhar ini mula menjadi pusat pengajian semenjak awal zaman Al Fatimiah lagi.

Kemudian tibalah Zaman pemerintahan al-Ayubi dan terbinalah sekolah-sekolah dan maahad-maahad. Maahad yang pertama dibina pada zaman ini ialah Madrasah an-Nasiriah bersebelahan dengan Masjid Amru al-As yang mengajar Fekah Syafi'e. Pada tahun yang sama (566 Hijrah), Madrasah al-Qomhiyah yang mengajar Fekah Maliki dibina, juga berhampiran dengannya. Kemudian
diiukuti dengan pembinaan madrasah-madrasah yang lain, pada zaman tersebut dan zaman selepas itu, yang merangkumi pelbagai mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah. Pertumbuhan yang pesat ini berlaku pada kurun ketujuh dan kelapan, dan ia memberi kesan kepada sejarah pembelajaran di Universiti al-Azhar. Serta pertumbuhan pusat-pusat pengajian ini seolah-olah mencabar kewibawaan al-Azhar. Tetapi dengan keistimewaan- keistimewaan yang dimiliki oleh al-Azhar itu sendiri, seperti menyediakan sistem pembelajaran yang berbentuk umum bukannya khusus untuk sesuatu mazhab sahaja berbanding dengan madrasah-madrasah yang lain dan juga kedudukannya yang strategik, disamping
sokongan daripada Sultan-sultan dari segenap pelusuk negara Islam dan
juga pembesar-pembesarnya, serta tumpuan ulama'-ulama' dan pelajar-pelajar luar,
Azhar mampu menyaingi madrasah-madrasah yang lain.

Al-Azhar pernah mendapat beberapa nama dalam lipatan sejarah. Di peringkat pertama al-Azhar dikenali sebagai Jamiah Kaherah iaitu disandarkan kepada ibukota Mesir dimana masjid itu terletak. Pendapat pertama mengatakan lafaz al-Azhar ini dinisbahkan kepada Saidina Fatimah binti Rasulullah
s.a.w. yang dikenali dengan panggilan az-Zahra'. Gelaran inilah yang diabadikan pada nama masjid tersebut. Mengikut pendapat kedua pula, nama ini dikaitkan dengan istana az-Zahirah yang dibina sewaktu pembukaan kota Kaherah. Dan yang ketiganya pula berpendapat bahawa nama ini dicadangkan besesuaian dengan kedudukan dan martabat al-Azhar yang tinggi sebagai pusat penyebaran ilmu islam. Kini masjid ini tetap utuh dan kekal walaupun ianya bukan lagi seratus
peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti di zaman beliau. Fungsinya sebagai tempat pusat penyebaran ilmu islam tetap gemilang hingga sekarang.

Sistem pendidikan al-Azhar.

Sistem pengajiaan al-Azhar dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi terletak di bawah pentadbiran Majlis Tertinggi al-Azhar yang dipengerusikan oleh Syeikh al-Azhar.
Tempoh pengajian al-Azhar adalah seperti berikut :
     Peringkat rendah (ibtidaie)                6 tahun
     Peringkat menengah (i'dadi)               3 tahun
     Peringkat menengah atas (thanawi)     4 tahun
     Peringkat universiti                            4-6 tahun

Bermula sesi 1992/1993, Universiti al-Azhar mula menghantar sebahagian pelajar Malaysia ke
tujuh cawangannya di luar Kaherah iaitu Iskandariah, Damanhur, Dimyat, Mansurah, Zaqazik,
Tanta dan Shibin el-Kom. Pihak al-Azhar turut mengadakan fakulti yang berasingan di antara
pelajar lelaki dan perempuan.

Fakulti-fakulti yang terdapat bagi pelajar lelaki adalah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Bahasa Arab, Dakwah Islamiah, Usuluddin, Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Pendidikan Sains, Perubatan, Pergigian, Perdagangan, Bahasa dan Terjemahan, Farmasi, Pertanian, Kejuruteraan dan sebagainya. Manakala fakulti untuk pelajar perempuan adalah Pengajian Islam dan Bahasa Arab yang terdiri daripada kuliah-kuliah Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Pengajian Kemanusiaan, Perubatan, Perdagangan, Sains dan lain-lain.

Al-Azhar dulu, kini dan selamanya telah berjaya melahirkan jutaan graduan dan cendikawan yang optimis dan komited. Ini adalah kesan daripada berkat asuhan para Syeikh yang ikhlas menabur bakti meninggikan syiar islam. Ini menjadi sumber inspirasi mahasiswa\mahasiswi seluruh dunia untuk menimba ilmu pengetahuan daripada Masyaeikh al-Azhar.

Turutan para Syiekh al Azhar ( 1101 Hijrah sehingga 1970 Masihi ).

     -Syiekh Muhammad Abdullah al Kharsi al Maliki
     -Syiekh Ibrahim bin Muhammad al Barmawi as Syafie
     -Syiekh Muhammad an Nasyrati al Maliki
     -Syiekh Abdul Baqi al Qalaini Maliki
     -Syiekh Muhammad Syanan Maliki
     -Syiekh Ibrahim Musa al Faiyumi Maliki
     -Syiekh Abdullah as Syabrawi Syafie
     -Syiekh Muhammad bin Salim al Hufni al Khalwati
     -Syiekh Abdul Rauf as Sajaini
     -Syiekh Ahmad bin Abdul Mun'im ad Damanhuri
     -Syiekh Ahmad al 'Arusi Syafie
     -Syiekh Abdullah as Syarqawi Syafie
     -Syiekh Mahmud Syanwani
     -Syiekh Muhammad 'Arusi
     -Syiekh Ahmad bin Ali ad Damhuji
     -Syiekh Hassan bin Muhammad al 'Ator
     -Syiekh Hassan al Quwaisni
     -Syiekh Ahmad as Soim as Softi
     -Syiekh Ibrahim al Bajuri
     -Syiekh Mustofa al 'Arusi
     -Syiekh Muhammad al 'Abasi al Mahdi al Hanafi
     -Syiekh Muhammad al Ambabi
     -Syiekh Hasunah an Nawawi al Hanafi
     -Syiekh Abdur Rahman an Nawawi al Hanafi
     -Syiekh Salim al Busyra al Maliki
     -Syiekh as Sayed Ali al Bablawi
     -Syiekh Abdur Rahman as Syarbini
     -Syiekh Hasunah an Nawawi
     -Syiekh Salim al Busyra al Maliki
     -Syiekh Muhammad Abul Fadli al Jaizawi
     -Syiekh Muhammad Mustofa al Maroghi
     -Syiekh Muhammad al Ahmadi az Zawahiri
     -Syiekh Muhammad Mustofa al Maroghi
     -Syiekh Mustofa Abdul Razzak
     -Syiekh Muhammad Ma'mun as Syanawi
     -Syiekh Abdul Majid Salim
     -Syiekh Ibrahim Hamrush
     -Syiekh Abdul Majid Salim
     -Syiekh Muhammad al Khadar Hussien
     -Syiekh Abdur Rahman Taj
     -Syiekh Muhammad Syaltut
     -Syiekh Hassan Ma'mun
     -Syiekh Muhammad Faham


Posted at 08:52 am by ibnuqudamah
Make a comment  

Sunday, February 13, 2005
Selawat Azamiah




Posted at 02:57 am by ibnuqudamah
Comments (5)  

KISAH ASAL USUL BEKAS TAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S (MAQAM)

Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.
Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.
Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik sahaja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.
Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).

Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.
Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).

Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana."
Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W.T menyampaika seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.

Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.
Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji.

Kalau kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia sahaja haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Dan ini adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat.

Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja-kerja yang dimurkai oleh Allah S.W.T sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.

Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.
Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.
Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik sahaja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.
Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).

Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.
Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).

Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana."
Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W.T menyampaika seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.

Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.
Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji.

Kalau kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia sahaja haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Dan ini adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat.

Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja-kerja yang dimurkai oleh Allah S.W.T sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.







Posted at 02:30 am by ibnuqudamah
Comment (1)  

Cromok..Perjalanan yang jauh

Cromok   


   Di awal kemunculan Cromok ni aku tak ambik posing sangat pasal muzik yang mereka bawakan.Kewujudan album Cromok-Image of Purity memang tak pernah aku rasai biarpun kekawan aku mengatakan album tu hebat.Bahkan lagu Metallugical seperti lagu biase je bagi pendengaran aku.Namun kewujudan album kedua Cromok-Forever in Time benar-benar mengubah presepsi dan pandangan aku mengenai muzik yang di bawakan Cromok.Sebaik saje aku dengar alunan muzik dan melodi dari lagu-lagu seperti I Don't Belong Here,Another U,The Others,Memories dan lelain tu aku rase teramat rugi kerana tidak memilikki album pertama Cromok.Jadi aku pun cuba dapatkan kembali album pertama Cromok tu.Memang sedap muzik Cromok pada pendengaran aku.Tak tau la pendengaran orang sebab cita-rasa nan bebeda.

   Aku paling suka ngan instrumental I Dont Belong Here.Syadu je lagu tu biarpun ia agak laju di samping bunyi gitar agak keras.Tapi masih ada unsur kelembutan dalam lagu tu.Dengar tengah malam buta lagi feeling lagu ni.
Kemunculan Yous Trully menambahkan lagi minat aku ngan Cromok ni.Aideh bahkan metal omputih pun kalah ngan album ni.Eii susah nak komen sebab jarang album metal Malaysia hebat cam ni.Baik dari segi arrangement muzik dia hinggalah ke mastering sound dia memang mantap.Dengan releasenya album seperti Mean,Meaner,Menaers,Image of Purity Remastered dan What's Left akan menambahkan lagi sengat Cromok dan peminat baru makin bertambah.

   Di sini ingin saya kata :Kemunculan kumpulan Amuk dengan album pertama mereka TANPA PREJUDIS banyak membantu memperkenalkan Cromok kepada peminat baru yang belum mengenali CROMOK.Bahkan peminat baru Cromok ingat AMUK tu Cromok yang main.Memang banyak teka teki di sini.Sama ada Amuk atau Cromok tu org yang sama.Namun sampai ke hari ini persoalan itu lenyap sebab peminat Cromok dah dapat terima Cromok dan Amuk adalah insan seni yang memperjuangkan seni yang sama.

   Kemasukkan Hillary Ang ke dlm Cromok juga akan menambahkan peminat baru Cromok sebab Hillary Ang memang terkenal sebagai pakar gitar Malaysia semenjak bersama Search lagi.Kita memang ketahui kehebatan Hillary bersama Search dengan irama Rock n Roll serta Rock klasik.

   Di sini memang Cromok wajar di puji kerana mereka tidak mempetaruhkan muka yang tampan untuk menarik peminat.Kita tahu irama metal seperti Cromok ni memang sukar mendapat tempat di stesen radio.Bahkan lagu seperti ini di gam untuk di siarkan di corong radio.Namun masih banyak yang menggunakan latar belakang muzik Cromok dalam rancangan kendalian mereka.Lagu-Lagu seperti I Don't Belong Here,Another U dan Misty kerap kali menjadi pilihan mereka.Tapi inilah Cromok yang tak mementingkan populariti namun janji mereka dapat memuaskan hati peminati muzik mereka sudah memadai.Sekian utk kali ini.

Posted at 02:03 am by ibnuqudamah
Make a comment  

Next Page