Free Web Page Hit Counters
Alumni Pelajar DPI Kolej UNITI
*Yahoo IM: Antusabun


Koleksi Gambar Aku
My MOBLOG




Formula 1 Count Timer
Flash In HTML

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

online


naruto
 


Undergrounder's ::masterpyan's hangout:: .: fungkur's Network :. ::mizi2054:: ::NagarasFire:: Image hosted by Photobucket.com .:mazadi_tantascan:. Nonie Punyer Cerite Image hosted by Photobucket.com Ada Image hosted by Photobucket.com Totin nashrex's Moghammer buttet web blog title Initial D World [ Blog's Center Community ] torrent malaya gengjurnal.net jiwang.org Image hosted by Photobucket.com

.:Link Lain:.

Paleq/NurAlana

Soccer Torrent/Skype

Movie Torrent/Nadia Mode

Wanieafarisyah/Kamil Studios

Arsyan/Eastmail

NewsKini/LADANG






"Listen to my phrase of wisdom, open your eyes to the vision of life, your image of purity shows."
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, but to be loved by ALLAH is everything" --Anonymous

+Lobam65



moon phases
 







rss feed



Monday, August 08, 2005
Cahaya al-Quran - Kilat yang menyambar

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI


HAMPIR-HAMPIR KILAT ITU MENYAMBAR PENGLIHATAN MEREKA. SETIAP KALI KILAT ITU MENYINARI MEREKA, MEREKA BERJALAN DI BAWAH SINAR ITU, DAN APABILA GELAP MENIMPA MEREKA, MEREKA BERHENTI. JIKALAU ALLAH MENGHENDAKI, NESCAYA DIA MELENYAPKAN PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN MEREKA. SESUNGGUHNYA ALLAH BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU. ( Al-Baqarah ayat 20)

l `Hampir-hampir kilat menyambar penglihatan mereka'. Ayat ini diberi dua tafsiran seperti kata al-Mawardi di dalam tafsirnya:

i. Apabila mereka dicahayakan dengan kebenaran, mereka mengikutinya. Sebaliknya apabila digelapkan dengan hawa nafsu, mereka meninggalkannya.

ii. Apabila mereka mendapat harta ghanimah, mereka mengikuti Islam dan orang-orang Islam. Sebaliknya apabila mereka tidak mendapat sebarang laba atau keuntungan, mereka memboikot daripada jihad.

As-Syanqiti berkata: Hampir-hampirlah cahaya al-Quran itu kerana terangnya membuka mata hati mereka, sama seperti kilat yang menyambar dengan cahaya yang amat terang, hampir menyambar penglihatan mereka.

Ulama khilaf dalam masalah perumpamaan orang munafik dengan kilat kepada tiga pendapat:

i. Tidak jelas dan memberi kesan kepada mereka daripada pengajaran al- Quran dan hukumnya.

ii. Tidak mendapat cahaya Islam yang mereka zahirkannya.

iii. Mereka menzahirkan Islam semata-mata untuk memelihara diri daripada dibunuh.

Ketakutan

Ulama juga khilaf dalam masalah perumpamaan orang munafik dengan guruh, kepada tiga pendapat:

i. Menakutkan mereka dengan apa yang ada di dalam al-Quran seperti kata Ibn Abbas.

ii. Mereka amat takut dihukum jika Nabi s.a.w. dan orang-orang Islam mengetahui hakikat mereka.

iii. Mereka amat takut kepada panggilan jihad.

Perumpamaan ini dinyatakan oleh Ibn al- Jauzi dalam kitabnya Zad al- Masir.

Syed Qutub melalui tafsirnya Fi Zilal al- Quran berkata: ``Sesungguhnya tempat penyaksian yang amat besar penuh dengan gerakan yang disertai dengan kekalutan, padanya kesesatan dan hilang arah. Padanya ketakutan dan kegusaran, rasa takut dan tercengang, cahaya-cahaya dan pendengaran, hujan yang lebat dari langit (padanya kegelapan-kegelapan, guruh dan kilat).''

* `Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu'.

As-Syanqiti berkata: ``Maksudnya apabila Allah memberi kenikmatan ke atas mereka dengan limpahan harta dan kesihatan, mereka berkata: ``Ini agama yang benar, semenjak kita berpegang dengannya, kita tidak ditimpa sesuatu kecuali kebaikan.''

Sebaliknya `dan apabila gelap menimpa mereka, mereka berhenti'.

Mereka berhenti dalam keadaan tercengang tanpa mengetahui hala tuju. Pada masa yang sama mereka amat takut, lantas mereka meletakkan jari-jari mereka pada lubang-lubang telinga mereka untuk menahan daripada mendengar guruh dan berwaspada kerana takut mati.

Hujan lebat dan kegelapan disertakan dengan guruh dan kilat, menyebabkan mereka tercengang-cengang kerana ketakutan. Mereka berdiri diselubungi kegelapan.

Inilah perumpamaan keadaan orang-orang munafik apabila berada di dalam dua situasi.

Apabila bertemu dengan orang-orang Islam, mereka memakai watak yang lain. Sebaliknya apabila bersama dengan syaitan mereka mengikrarkan bahawa mereka bersama mereka.

* `Jikalau Allah menghendaki, nescaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka'.

As-Samarqandi berkata : ``Sebahagian ulama tafsir berpendapat bahawa yang dimaksudkan ialah dengan pandangan mereka yang zahir yang terdapat di fikiran dan penglihatan pada mata- mata mereka, sebagaimana hilangnya pandangan dan penglihatan pada hati-hati mereka supaya mereka mendapat balasan.''

Orang Munafik

Ada juga yang berpendapat, bahawa yang dimaksudkan ialah sekiranya Allah menghendaki mereka tuli, buta dan bisu secara hakikat.

Sebenarnya ia juga boleh dimaksudkan, sebagaimana mereka telah buta, tuli dan bisu pada hukumnya.

As-Syaukani berkata : ``Ketahuilah bahawa orang-orang munafik itu terbahagi kepada beberapa jenis:

i. Di antara mereka yang menzahirkan Islam dan menyembunyikan kekufuran.

ii. Di antara mereka seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. di dalam hadis Bukhari dan Muslim:

``Sesiapa yang ada padanya tiga perkara ini, ia termasuk dalam kategori munafik yang sebenarnya. Sesiapa yang hanya mempunyai satu sifat tersebut, ia pun masih dianggap munafik sehingga ia meninggalkan semuanya. Iaitu: Apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkiri janjinya itu, dan apabila ia diberikan amanah, ia mengkhianatinya.''

Di dalam ibarat yang lain, orang yang munafik boleh dibahagikan kepada dua macam:

i. Munafiq iktikadi yang menyebabkannya terkeluar daripada agama Islam.

ii. Munafiq amali yang menyebabkannya berdosa besar tetapi tidak terkeluar daripada agama Islam.

* DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

source: Utusan Malaysia.


Posted at 07:14 pm by ibnuqudamah
Make a comment  

Sheikh Ahmed Deedat Dies at 87

CAIRO, August 8, 2005 (IslamOnline.net) – Famed Muslim preacher and debater Sheikh Ahmed Deedat died Monday, August 8, at 87, leaving behind a legacy of propagating Islam and defending it against missionaries.

Founder of the Islamic Propagation Center International (IPCI) in Durban, South Africa, Deedat distributed more than twenty million copies of his books and audio tapes free of charge for the purpose of da`wah.

In South Africa where he lived, hundreds of people have entered Islam Including a large number of missionaries.

He delivered lectures all over the world and successfully engaged Christian Evangelists in public debates.

One of his most famous debates was “Was Christ Crucified?” when he impressively debated Bishop Josh McDowell in Durban in 1981.

Famous books by Deedat included "The Choice - Between Islam and Christianity; "Is the Bible God’s Word?"; "Al Qur’an the Miracle of Miracles" ; "What the Bible says about Muhammad (PBUH)?"; and "Crucifixion or Cruci-Fiction?"

Deedat, who was born in 1918 in the Indian district of Surat, has been bedridden since 1996 when he suffered a serious stroke.

Excellent Debater

In 1986, Sheikh Deedat was awarded the King Faisal International Prize for Service of Islam.

Sheikh Deedat did not have much formal schooling, but he was self-taught through experience and had a penchant for reading, debating, discussion, and a profound sense of commitment to a mission and goal, according to his Web site.

He was driven and goal oriented. He was focused and never let up until the job was done. He was sharp, perceptive, forthright, fiery, and daring in his challenge of those whom he debated particularly against those who equal his missionary zeal and sense of audacity, the Web site added.

"Formal schooling did not destroy his creative prowess, his tenacity, ambition, drive, and sheer daring to swim upstream."

Sheikh Deedat was considered by many as more a scholar of the Bible than the Qur'an and was more familiar and adroit with its teachings.

He had an insight and perspective of the Bible which made many Christians he came into contact with rethink and re-examine their faith, particularly those aspects of the Bible and the Qur'an that deal with the divine mission and life of Prophet Jesus, the Web site says.

In 1986, the King Faisal Foundation awarded the King Faisal International Prize for Service of Islam to Deedat. He shared the prize with prominent French Muslim intellectual and philosopher Roger Garaudy.

When he suffered a stroke, he lost his speech, his most potent gift that he used so effectively in his debates to propagate Islam.

He delivered his last lecture in Sydney, Australia, in 1996 just before his chronic illness. The lecture was considered to be one of his most passionate talks


Posted at 06:58 pm by ibnuqudamah
Comment (1)  

Wahabi Lagi

INI SEBAHAGIAN SAHAJA SENARAI HUJAH AHLI SUNNAH KE ATAS PENYELEWENGAN AJARAN GOLONGAN WAHABI

(PENGIKUT-PENGIKUT MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB )

1-Sila lihat Kitab mereka (puak Wahhabi):
Fathul Majid, Karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul wahab, m/s:356,

Cetakan Darul Salam, Riyadh.
Jelas mrk menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang. Mereka berkata: “Allah duduk di atas kursi”.

Sedangkan Allah ta'ala telah befirman
Maksudnya: Dia(Allah) tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhlukNya, baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya.(Asyura ayat:11)

Ketahuilah bahawa menganggap dan mengatakan bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy mahupun di atas kursi dikira kafir kerana yang demikian itu adalah sifat makhluk
Maha Suci Allah daripada duduk atau bersemayam



2-Lihat juga kitab mrk Tanbihat Fi Rod Ala Man Taawwal Sifat,
m/s: 19, karangan Ibnu Baz, terbitan : Riasah Ammah lilifta'
Ibnu Baz (pemimpin wahabi) berkata: “penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah suatu yang dicela”.
Sedangkan Allah ta’ala berfirman:
Maksudnya: Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun dari makhlukNya baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya.(Asyura ayat:11).

Ketahuilah bahawa Allah ta’ala tidak sama dengan makhlukNya, Dia tidak mempunyai anggota dan jisim sebagaimana yang dimiliki oleh makhluk
Maha suci Allah daripada anggota dan jisim.



3-Majalah Haji, bilangan 49, juzuk 11 tahun 1415 hijrah, m/s :73 -74
Makkah
Ibnu Baz mengatakan bahawa :"zat Allah ta’ala itu di atas arasy".

Sedangkan Nabi Muhammad telah bersabda
yg bermaksud:" Allah wujud pada azal(adaNya tanpa permulaan), dan belum wujud sesuatu selainNya". H.R Bukhari

Ketahuilah bahawa Allah ta’ala wujud tanpa tempat, kerana Dia yang menjadikan tempat yang mempunyai batasan-batasan, kadar tertentu dan bentuk sedangkan Allah tidak disifatkan sedemikian.
Maha suci Allah dari bertempat.




4-Kitab mereka: Kaifa Nafham Attauhid,
Karang Mohd Basmir,
m/s: 16
Riyadh
Wahabi mengatakan bahawa Abu jahal dan Abu lahab lebih ikhlas pengesaan tauhid mereka kepada Allah daripada golongan orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. ( yang dimaksudkan dengan orang Islam di sini ialah mereka yang bertawassul dengan wali-wali dan para solihin ).

Sedangkan Allah ta’la telah berfirman menceritakan mengenai Abu lahab
Maksudnya: "kelak dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala".
Ketahuilah bahawa Abu jahal dan Abu lahab bukanlah dari kalangan orang Islam.




5-Rujuk kitab mrk :Min Masyahir Almujaddidin Fil Islam,
m/s: 32, terbitan: Riasah ‘Ammah lilifta'
Soleh bin Fauzan (wahabi) berkata: “pengikut Asya’irah dan Maturidi tidak layak digelar sebagai Ahli sunnah wal jamaah”.

Sedangkan Al hafiz Murtadha Azzabidi berkata: "jika dikatakan Ahli sunnah wal- jamaah yang dimaksudkannya adalah Asyairah dan Maturidiah".
Pengikut Asya’irah dan Maturidiah adalah golongan Ahli sunnah dan jamaah




6-Rujuk juga Kitab mereka: Fathul Majid,
Karangan: Abdul Rahman m/s 353

Terbitan maktabah Darul Salam, Riyadh.
Wahabi berdusta dengan mengatakan bahawa: "kebanyakan Ahlu Sunnah mengkafirkan pengikut asya’irah."

Sedangkan Ahli sunnah dan jama'’ah di kalangan umat Islam diseluruh dunia adalah golongan asy’ari dan maturidi
Ketahuilah bahawa Pengikut-pengikut Imam Asy’ari adalah golongan umat Islam kini.




7-kitab mereka: Al-iman Bil Anbiya’ Jumlahtan,
Karangan: Abdullah bin Zaid,
cetakan Maktabah Islami, Beirut:
Wahabi mengatakan bahawa Adam bukanlah nabi ataupun rasul.

Sedangkan RAsulullah telah bersabda daripada Abi umamah, seorang lelaki bertanya nabi: “ wahai rasulullah adakah Adam itu seorang nab”i? Beliau menjawap: “ ya, diturunkan wahyu kepadanya”.H.R Ibnu Hibban.

Dan ketahuilah bahawa Ijma' ulama mengatakan bahawa Adam adalah nabi.

wallahu subhanahu wata'ala a'lam wa a'la.



Posted at 06:47 pm by ibnuqudamah
Make a comment  

Saturday, April 23, 2005
MAULID MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH 3

MAULID MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH
(SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM)

Bahagain Akhir...

Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid. Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.

Keterangan Mengenai Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) yang terawal secara Beramai-ramai

Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), didalam bab Perjalanan (ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul (s.a.w) secara beramai-ramai didalam suatu kelompok masyarakat. "Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi [s.a.w] ) dibuka dan setiap lelaki dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah daripadanya (mutabarrikin bihi) pada setiap hari Isnin didalam bulan Rabi'al al-Awwal kerana pada hari dan bulan terssebut, Nabi telah dilahirkan." Ahli sejarah abad ke-7 hijrah, Abul 'Abbas al-'Azafi dan anaknya Abul Qasim al-'Azafi telah menulis didalam kitab (tidak pernah diterbitkan), ad-Durr al-Munazzam, "Mereka yang menunaikan 'ibadah haji dan mereka yang sedang melakukan pengembaraan menyaksikan bahawa tiada jual-beli ataupun sebarang perbuatan lain dilakukan pada hari Maulidurrasul di Makkah, melainkan mereka berpusu-pusu memenuhi tempat kelahiran Nabi yang diberkahi. Pada hari itu juga, Ka'bah dibuka dan orang ramai dibenarkan untuk menziarahinya."

Penulisan Ibnu Battuta Mengenai Maulidurrasul (s.a.w)

Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur dan beliau telah menulis didalam kitabnya, Rihla (Jilid 1,ms.309 dan 347) bahawa pada setiap hari Jumaat, selepas solat dan pada hari kelahiran Nabi, pintu Ka'bah akan dibuka oleh ketua Banu Shayba, pemegang kunci pintu Ka'bah. Pada hari Maulidurrasul (s.a.w) juga, Qadi yang bermazhab Shafi'i (Ketua Hakim, Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam Muhyiddin al-Tabari, membahagi-bahagikan makanan kepada shurafa' (keturunan Nabi [s.a.w]) dan juga kepada kesemua penduduk Makkah.

Tiga Rakaman Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) Pada abad ke - 10 Hijrah

Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita mereka yang melihat sambutan Maulidurrasul (s.a.w). Catatan ini bersumber daripada 3 ahli sejarah abad ke -10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tiada tandingannya pada zaman tersebut, Ibnu Huhayra didalam kitabnya al-Jami' al-Latif fi Fasl Makkah wa ahliha (ms.326), al - Hafiz Ibnu Hajar al-Haytami didalam kitabnya al-Mawlid ash-Sharif al-Mu'azzam dan al-Nahrawali didalam kitabnya al-I'lam bi-a'lam Bayt Allah al-Haram (ms.205). Pada 12hb Rabi'al al-Awwal setiap tahun selepas solat al-Maghrib keempat-empat (wakil keempat-empat mazhab) Qadi kota Makkah dan sekumpulan besar orang yang terdiri daripada para fuqaha' (ulama) dan fudala' (mereka yang utama) kota Makkah, Shaykh-shaykh, pemimpin-pemimpin zawiyah dan murid-murid mereka , para ru'asa' (hakim-hakim) dan para muta'ammamin (ulama) meninggalkan masjid dan pergi secara beramai-ramai untuk menziarahi tempat kelahiran Nabi sambil berdzikir dan membaca tahlil (LA ILAHA ILLALLAH). Rumah-rumah terletak sepanjang jalan tersebut diterangi dengan lampu-lampu dan lilin-lilin besar dan ramai daripada penghuni-penghuni rumah-rumah tersebut memenuhi jalan tersebut. Mereka semua memakai pakaian baru dan membawa anak-anak mereka bersama-sama. Setibanya ditempat kelahiran Nabi (s.a.w) doa khas pun dibacakan dan karamah-karamah yang berlaku semasa kelahiran Nabi (s.a.w) pun dibacakan. Seterusnya doa untuk Sultan, Amir Makkah dibacakan dan Qadi yang bermazhab Shafi'i dibacakan dan kesemua mereka berdoa dengan penuh merendah diri. Sebelum solat al-'Isha, rombongan tadi pun kembali ke Masjidil Haram yang dipenuhi oleh manusia dan mereka mengambil tempat dan membentu saf dikawasan Maqam Ibrahim. Di Masjidil Haram, seorang penyeru akan bertahmid (AL HAMDULILLAH) dan bertahlil dan sekali lagi berdoa untuk Sultan, Amir dan Qadi yang bermazhab Shafi'i. Seterusnya, azan untuk solat 'Isha dilaungkan. Selepas solat al-'Isha, mereka pun bersurai. Peristiwa yang serupa ini juga dirakamkan oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam kitabnya Ta'rikh al-Khamis.

Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) di Negara-negara Islam Pada Zaman Sekarang

Pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam dinegara-negara Islam meraikan Maulidurrasul (s.a.w). Antara negara-negara tersebut termasuklah: Mesir, Syria, Lebanon, Jordan, Palestine, Iraq, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi (tidak secara rasmi - penduduk menyambutnya sendiri dirumah-rumah mereka), Sudan, Yemen, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mauritania, Djibouti, Somalia, Turkey, Pakistan, India, Sri Lanka, Iran, Afghanistan, Azerbaidjan, Uzbekistan, Turkestan, Bosnia, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan kebanyakan negara Islam yang lain. Dikebanyakan negara Arab Maulidurrasul (s.a.w) merupakan hari cuti umum. Kesemua negara-negara ini Wahai Ummah, meraikan hari tersebut. Namun begitu kenapa masih lagi ada segelintir dari kalangan kita yang mengatakan ianya haram? Siapakah mereka ini untuk dibandingkan dengan para huffaz (ahli hadith) dan ' Ulama Ummah seperti Abu Shama, 'Asqalani, Suyuti, Sakhawi, Haytami, Shawkani dan al-Qari yang mana mereka semua mengatakan bahawa sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan suatu perbuatan yang terpuji?Mengapakah mereka yang menggelarkan diri mereka Salafi ini mengharamkan sesuatu perkara yang mana Ibnu Taimiyyah (antara ulama yang begitu tegas) sendiri, membenarkannya? Ibnu al-Jawzi dan Ibnu Kathir pula menggalakkannya dan masing-masing-masing mereka menulis kitab Maulid yang mengandungi syair dan rangkap-rangkap daripada Sira

8-2 Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir [Ibnu Taimiyyah's Opinion on the Meetings of Dhikr]

Berikut merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis dzikir. Ianya boleh didapati didalam kitab Majmu 'at fatawa Ibnu Taimiyyah edisi King Khalid ibn 'Abd al-Aziz. Ibnu Taimiyyah telah ditanya mengenai pendapat beliau mengenai perbuatan berkumpul beramai-ramai berdzikir, membaca al-Quran berdoa sambil menanggalkan serban dan menangis sedangkan niat mereka bukanlah kerana riak ataupun menunjuk-nunjuk tetapi hanyalah kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Adakah perbuatan-perbuatan ini boleh diterima? Beliau menjawab,"Segala puji hanya bagi Allah, perbuatan-perbuatan itu semuanya adalah baik dan merupakan suruhan didalam Shari'a (mustahabb) untuk berkumpul dan membaca al-Quran dan berdzikir serta berdoa."

8-3 Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang Muhaddith dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Mawlid Rasul Allah di penghjung hidupnya dan kitab ini telah tersebar dengan meluas dan keserata tempat. Didalam kitab ini. (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan dan menggalakkan sambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis," Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai."

8-4 Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul ['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid]

Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis: Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar shari'a maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah. Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (s.a.w), hadith dibawah ini boleh digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim . Semasa Nabi berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum Yahudi berpuasa pada hari kesepuluh Muharranm ('Ashura) dan baginda (s.a.w) bertanya akan perbuatan mereka, kata mereka, mereka berpuasa kerana pada hari tersebut, Nabi Musa telah diselamatkan dan Firaun telah ditenggelamkan. Kami berpuasa untuk menyatakan kesyukuran kami. Perkara ini menjadi dalil bagi kita untuk menyatakan kesukuran kita kerana Dia telah merahmati hari tersebut dan menjauhkan bala, seseorang sepatutnya bersyukur akan datangnya hari tersebut pada setiap tahun, bersyur melalui berbagai jenis 'ibadahseperti solat, memberi sedekah, membaca Quran ……

JUSTERU ITU RAHMAT APAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA KELAHIRAN NABI, RASUL YANG MENJADI RAHMAT PADA HARI INI?SUDAH SEPATUTNYA HARI KELAHIRAN BAGINDA DISAMBUT DAN DIBESARKAN APABILA TIBA HARI TERSEBUT, JIKA KITA MENGAMBIL DALIL HADITH YANG TERSEBUT DIATAS. TETAPI ADA JUGA MEREKA YANG MENYAMBUT KELAHIRAN BAGINDA (S.A.W) TANPA MENGIRA BATAS WAKTU PADA MANA-MANA BULAN ATAUPUN ADA YANG MENYAMBUTNYA SEPANJANG TAHUN. ITU TIDAK MENGAPA.

Sebagai Peringatan bersama..

Allah telah berfirman yang bermaksud (Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya telah berselawat untuk Nabi.Hai orang-orang yang beriamn,berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepada-Nya)
Wassalam...TAMAT

Posted at 01:59 am by mantyn
Comment (1)  

Wednesday, April 20, 2005
Minta kerja...

Pada suatu hari Pak Pandir pergi ke pekan untuk menghadiri satu temuduga kerja..Apabila sampai Pak Pandir menunggu gilirannya untuk ditemuduga..Tidak lama Pak Pandir menunggu maka namanya dipanggil untuk ditemuduga...

Pak Pandir :Selamat Pagi..

Penemuduga :Selamat pagi,silakan duduk...

Pak Pandir :Terima kasih..(maka duduk lah pak pandir dgn bersedia untuk ditemuduga...

Penemuduga :Nama kamu Carlos Mantyn?

Pak Pandir :Iye (jawabnya singkat)

Penemuduga :Kamu ni mesti seorang yang berani untuk bekerja di sini,kalau tidak pun kamu nih mesti seorang yang berpengalaman...

Pak Pandir :Maksud tuan? saya kena jaga harimau ataupun binantang buas ke?..(soal Pak Pandir kepada yang menemuduganya itu dgn hairan kerana tak tau apa yang akan dikerjakan kelak)

Penemuduga :Maksud saya kamu berani atau pun berpengalaman tu sebab kat penjara ini banduan-banduannya ganas-ganas dan jahat-jahat lagipun mereka semua bertubuh sasa..

Pak Pandir :Oooo..begitu maksud tuan..itu tak jadi masalah bagi saya..kalau mereka melawan atau pun terlalu jahat saya akan keluarkan mereka dari penjara ini..saya rasa dgn itu boleh buat penjara ni agak aman..

#Moral fikirkan sendiri...:))

Posted at 05:29 pm by mantyn
Make a comment  

MAULID MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH 2

MAULID MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH
(SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM)

Sambung dari Bhgn. Pertama.......

2-6 Kesan Memperingati Maulid untuk Orang Kafir

KEENAM: Apabila seseorang yang tidak beriman, bersama-sama menyatakan kegembiraan dan menyambut Maulidurrasul (s.a.w), atas rahmat dan kemurahan Allah, orang itu akan dapat manfaatnya. Perkara ini ada dinyatakan didalam sahih Bukhari. Bukhari meriwayatkan bahawa setiap Isnin, Abu Lahab akan dihentikan siksaan kubur yang diterimanya kerana beliau telah membebaskan hambanya, Thuwayba yang telah mengkhabarkannya kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad (s.a.w). Hadith ini terkandung didalam kitab Nikah oleh Bukhari dan Ibnu Kathir pula membicarakannya didalam kitab-kitabnya Sirat al-Nabi Jilid 1: ms 124, Mawlid al-Nabi ms 21 dan al-Bidaya ms.272-273. Seorang hafiz (hafal al-Quran), Shamsuddin Muhammad ibn Nasiruddin ad-Dimashqi telah menulis didalam kitabnya Mawrid as-sadi fi Mawlid al-Hadi : "Jika seorang kafir yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal didalamnya" "hancur tangan-tangannya"; (surat 111) diizinkan untuk direhatkan daripada siksa kubur setiap hari Isnin kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad, inikan pula hamba yang seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan kehadiran Ahmad dan meninggal dengan menyebut "Ahad"? - [tentu lebih lagi ganjarannya - penterjemah]

2-7 Kewajiban Mengetahui Sirah dan Mencontohi Asas-asas Akhlaq Yang Baik

KETUJUH: Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan baginda, mengenai mukjizat baginda, kelahirannya , akhlaqnya, keimanan baginda, tanda-tanda kenabian beliau (ayat wa dala'il), khalwat yang baginda lalui, ibadah baginda lagipun bukankah perkara-perkara ini sepatutnya diketahui oleh setiap Muslim? Apakah cara yang lebih baik lagi selain daripada meraikan hari kelahiran baginda, iaitu hari permulaan kehidupan baginda, dan seterunya supaya kita terdorong untuk mengenali baginda dengan lebih mendalam lagi. Memperingati hari kelahiran baginda akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.

2-8 Nabi Menerima Syair/Sajak Yang Berkaitan dengan Diri Baginda

KELAPAN: Pada zaman Nabi (s.a.w), terdapat ramai penyair yang terkenal dan hebat datang kepada baginda dan mempersembahkan kepada baginda rangkap-rangkap syair mereka yang memuji baginda, menceritakan mengenai dakwah dan peperangan yang baginda pimpin dan juga syair mengenai para sahabat. Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang disertakan di dalam Sirah Ibnu Hisham, al-Waqidi dan lain-lain. Rasulullah (s.a.w) amat menyenangi syair yang indah seperti yang tercatat didalam hadith riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam syair"; dan kerana itu bapa saudara Nabi (s.a.w) al-'Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap berikut: Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu Dan kami dapat terus melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin [ bahasa mungkin tidak menepati kehendak penulis asal - penterjemah] Petikan ini tercatat didalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al - Maqsid ms.5 dan didalam kitab Ibnu Kathir, Maulid ms.30 dan juga didalam kitab Ibnu Hajar, Fath al-Bari. Ibnu Kathir menerangkan didalam kitabnya bahawa para Sahabat ada meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) memuji nama baginda dan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata,"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak 'Abd al - Muttalib!" Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha kepada kita.

2-9 Menyanyi dan Membaca Syair

Telah diketahui, menurut riwayat 'A'isha bahawa Nabi (s.a.w), telah membenarkan beliau untuk mengundang dua orang perempuan untuk menyanyi pada hari Raya. Baginda memberitahu Abu Bakr,"Biarkan mereka menyanyi kerana untuk setiap ummat ada hari cutinya dan ini adalah hari cuti kita" [Muttafaqun 'alaih]. Didalam kitab Madarij al-salikin, Ibnu Qayyim menulis bahawa Nabi (s.a.w) memberi izin untuk menyanyi pada hari perkahwinan dan membenarkan syair dipersembahkan untuk baginda. Baginda mendengar Anas dan para Sahabat memuji baginda dan membaca syair ketika baginda sedang menggali parit semasa peperangan Khandaq dan mereka pernah berkata," Kamilah yang telah memberi bai'ah kepada Muhammad untuk berjihad selama kami hidup." Ibnu Qayyim juga telah menceritakan mengenai 'Abdullah ibnu Rawaha telah membaca syair yang panjang memuji-muji Nabi Muhammad (s.a.w) semasa baginda menakluki dan memasuki Makkah, dan Nabi pun berdoa untuk beliau. Rasulullah (s.a.w) juga pernah mendoakan untuk Hassan ibnu Thabit agar Allah sentiasa memberi bantuan kepada beliau dengan ruh suci (the holy spirit) selama mana beliau memuji-muji baginda melalui syairnya. Nabi juga telah menghadiahkan Ka'b ibnu Zuhayr sepasang jubah apabila beliau membacakan syair memuji-muji baginda kepada baginda. Nabi juga pernah meminta Aswad bin Sarih untuk mengarang syair memuji-muji Allah dan baginda pula pernah meminta seseorang untuk membaca syair puji-pujian yang mengandungi 100 rangkap yang dikarang oleh Umayya ibnu Abi Halh. Menurut Ibnu Qayyim lagi, 'A'isha selalu membaca syair memuji baginda (s.a.w) dan beliau amat menyenanginya." Tertera di batu nisan Hassan ibnu Thabit beliau menulis mengenai Nabi (s.a.w): Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan didalam diriku Aku hanya seorang yang telah hilang segala deria rasa Aku tidak akan berhenti daripada memuji nya Kerana hanya dengan itu mungkin aku akan kekal didalam syurga Bersama-sama 'Yang Terpilih' yang daripadanya aku mengharapkan syafaat Dan untuk hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku kearah itu.

2-10 Menyanyi dan Membaca al-Quran

Seperti yang ditulis oleh Ibnu Qayyim didalam kitabnya, " Allah memberi keizinan kepada Nabi (s.a.w) agar membaca al-Quran dengan berlagu . Pada suatu hari Abu Musa al-Ash'ari sedang membaca al-Quran dengan berlagu dan suara yang merdu dan ketika itu Nabi (s.a.w) sedang mendengar bacaan beliau . Setelah beliau selesai mengaji, Nabi (s.a.w) mengucapkan tahniah kepada beliau kerana bacaan beliau yang begitu merdu dan baginda bersabda," Engkau mempunyai suara yang merdu " Dan baginda (s.a.w) bersabda lagi bahawa Abu Musa al-Ash'ari telah dikurniakan Allah 'Mizmar' (seruling) diantara mizmar-mizmar Nabi Daud. Dan Abu Musa pun berkata,"Ya Rasulullah jika aku tahu yang engkau sedang mendengarkan bacaanku nescaya aku akan membaca dengan suara yanglebih merdu dan lagu yang lebih enak lagi yang engkau belum pernah dengar lagi." Ibnu Qayyim menulis lagi,"Nabi (s.a.w) bersabda ," Hiasilah al-Quran dengan suara kamu," dan "Siapa-siapa yang tidak melagukan al-Quran bukanlah dari kalangan kami." Ibnu Qayyim pula memberikan komentar, "Untuk menyenangi suara yang merdu adalah dibenarkan seperti juga kita menyenangi pemandangan yang indah, gunung-ganang, alam semulajadi ataupun harum-haruman dan wangi-wangian ataupun hidangan yang lazat selama mana ianya tidak melanggar batas-batas shari'a. Jika mendengar suara yang merdu itu haram, maka haram jugalah perkara-perkara yang telah disebutkan tadi.

2-11 Nabi Membenarkan Permainan Gendang Yang disertai Niat Yang Baik

Seorang Muhaddith, Ibnu 'Abbad telah memberikan fatwa berikut didalam kitabnya 'Letters'. Beliau memulakan dengan sebuah hadith," Seorang wanita telah datang menemui Nabi dikala baginda baru pulan daripada medan peperangan, dan wanita itu pun berkata," Ya Rasulullah , aku telah bernazar jika sekiranya, Allah menghantar engkau kembali dalam keadaan selamat, aku akan bermain gendan disebelah mu." Nabi pun bersabda," Tunaikanlah nazar mu." Hadith ini terdapat didalam riwayat Abu Dawud, Tirmidhi dan Imam Ahmad. Ibnu 'Abbas pula menulis, " Tidak dinafikan bahawa memain gendang merupakan salah satu cara hiburan walaupun Nabi membenarkannya untuk memenuhi nazarnya. Ini adalah kerana baginda niat wanita itu adalah untuk meraikan kepulangan baginda dan beliau mempunyai niat yang baik bukannya dengan niat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik ataupun menyia-nyiakan waktu. Oleh itu, jika kita meraikan hari kelahiran Nabi dengan niat yang baik, dengan membaca sirah dan memuji baginda, ianya diterma dan dibenarkan.

2-12 Nabi (s.a.w) Meraikan Hari lahir Nabi-nabi Yang lain [The Prophet Emphasized the Birthday of Prophets]

KESEMBILAN: Nabi (s.a.w) telah bersabda didalam hadith mengenai hari dan dan tempat kelahiran Nabi-nabi yang terdahulu. Baginda (s.a.w) juga membesarkan hari Jumaat kerana pada hari itu menurut baginda," Hari itu merupakan hari Allah mencipta Nabi Adam (a.s)." Ini bermakna, hari Jumaat dimuliakan kerana ianya merupakan hari dimana Allah mencipta Adam dan hari itu juga dibesarkan kerana ia merupakan hari penciptaan Nabi dan Bapa kepada seluruh Ummat Manusia. Bagaimana pula dengan hari kelahiran Nabi Besar dan Insan Kamil (sempurna) yang diciptakan?Nabi bersabda,"Sesungguhnya Allah menjadi aku sebagai Penutup (Khatam) Semua Nabi-nabi dan Rasul tatkala Adam masih lagi merupakan sesuatu antara tanah dan air." Hadith ini adalah riwayat Ahmad dalam Musnad, Bayhaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah dan kitab-kitab besar yang lain dan ianya merupakan hadith yang hasan lagi sahih.

2-13 Mengapa Bukhari Mengutamakan Meninggal Pada Hari Isnin

Imam Qastallani menulis didalam komentarnya mengenai hadith riwayat Bukhari: "Didalam kitab, Jana'iz (Pengkebumian), Bukhari mengkhususkan satu topik yang membicarakan tentang 'Keutamaan meninggal pada hari Isnin'; didalam topik tersebut tercatat, hadith daripada A'isha yang menceritakan mengenai pertanyaan ayahandanya, Abu Bakr as-siddiq," Pada hari apa Nabi (s.a.w) wafat?" Beliau menjawab," Hari Isnin" Beliau bertanya lagi, "Hari apakah hari ini?" A'ishah pula menjawab,"Wahai ayahanda, hari ini hari Isnin." Lalu beliau pun mengangkat tangan dan berdoa ,"Aku memohon Ya Allah, agar mematikan aku pada hari Isnin sama seperti hari wafatnya Nabi (s.a.w)." Imam Qastallani menyambung lagi, "Mengapakah Abu Bakr menginginkan agar kematiannya jatuh pada hari Isnin? Supaya hari meninggalnya sama seperti hari kewafatan Rasulullah (s.a.w) agar mendapat barakah pada hari tersebut. Adakah siapa-siapa yang ingin menolak ataupun menghalang keinginan Abu Bakr untuk meninggal pada hari tersebut semata-mata mengharapkan barakah hari tersebut? Kenapa sekarang ramai orang yang menolak keutamaan menyambut atau mengutamakan hari kelahiran Nabi (s.a.w) untuk mendapatkan barakah?"

2-14 Nabi Sentiasa Menekankan dan Mengingati Tempat Kelahiran Para Nabi

Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh seorang 'hafiz', al-Haythami didalam kitab Majma' al-zawa'id menceritakan bahawa pada malam Israk dan Mikraj, Nabi (s.a.w) telah diperintahkan oleh Jibril untuk solat 2 rakaat di Baitul Laham (Bethlehem) dan Jibril pun bertanya kepada baginda (s.a.w),"Tahukah kamu dimana kamu telah bersolat sebentar tadi?" Apabila Nabi bertanya kepada Jibril,"dimana?"Jibril pun menjawab,"Kamu telah bersolat ditempat 'Isa dilahirkan."

2-15 Ijma' Para 'Ulama Membenarkan Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

KESEPULUH: Mengingati hari kelahiran Nabi, merupakan satu 'ibadah yang diterima oleh semua 'ulama diseluruh dunia Islam, samada dulu mahupun sekarang. Ini menunjukkan bahawa Allah redha terhadap perbuatan tersebut. Di dalam kitab Musnad, Imam Ahmad menulis kata-kata Ibnu Mas'ud (yang diterima melalui perantara-perantara yang dipercayai), "Apa-apa yang dianggap benar/haq oleh sebilangan besar umat Islam itulah yang diredhai Allah dan apa-apa yang dianggap batil/salah oleh sebilangan besar umat Islam ianya juga salah/batil disisi Allah."

Bersambung lagi skit.....


Posted at 01:39 pm by mantyn
Make a comment  

Monday, April 18, 2005
Cerita Pandir...

Tersebutlah kisah...satu masa dulu..ada seorang pengembala yang agak sibuk dengan tugasan hariannya..namanya mantyn..duduk di satu kampung yang bernama kempalang..dan disitu juga ada seorang pemuda yang gemar memanjat pokok kelapa..namanya pula Roberto Carlos..yang si Roberto Carlos nih tinggal di kampung sengkuduk..diantara kedua-dua kampung mantyn dan Reberto Carlos terpisah dgn adanya sebatang sungai yang lebar dan tak mempunyai jambatan untuk menyeberangi sungai tersebut.. Nak dijadikan cerita..satu hari Roberto Carlos yang seorang pengambil upah memanjat pokok nih mengambil upah memanjat pokok tamar yang berada di tepi sungai tersebut..tak kena mengena pada hari tu yang si mantyn pun tgh menjaga kambing-kambingnya diseberang sungai itu juga bertentangan dgn tempat Roberto Carlos tadi.... Maka mantyn yang sedar kewujudan Roberto Carlos ketika itu yang berada diseberang sungai yang nampak pening-pening nak memanjat pokok tamar tu pun menegur Roberto Carlos

mantyn : Buat apa tu Roberto..(tanya mantyn sambil berteriak) Roberto Carlos: Tak der apa-apa,saya tgh cari pokok tamar. mantyn : La.. kau nih pokok tamar pun tak kenal.kau dtg sini mari aku tunjukkan... Roberto Carlos: Baik lah tapi,bagaimana aku nak ke seberang? mantyn La kan kau dah kat seberang tu...(jawap mantyn selamba)Roberto Carlos: Menggaru-garu tapak kakinya yang tak gatal tetapi yang dia masih berrtambah-tambah keliru...

Posted at 06:29 pm by mantyn
Make a comment  

MAULID MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH (SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM)

MAULID MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH
(SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM)

Bhgn. Pertama..........

Apakah dia nas atau pun dalil yang terdapat didalam Al-Quran dan As-sunnah mengenai sambutan Maulid (kelahiran) Rasulullah (s.a.w)? Apakah pendapat para Imam dan Ulama keempat-empat Mazhab? Apa pula pendapat ulama zaman sekarang, yang menggelarkan diri mereka "salafi"? Mereka menghalangnya kerana menganggap sambutan Maulid itu bida'ah antara mereka ialah Albani, Bin Baz, al-Jaza'iri, Mashhur Salman, 'Uthaymin. Bagaimana pula mereka yang berpendapat tidak perlu berdiri setelah selesai membaca rangkaian selawat, darud dan puji-pujian semasa penghujung majlis Maulid - walaupun mereka meraikannya? Ada pula yang menolak untuk mengucap "Assalamu'alaika Ya Rasulullah" (s.a.w) dan tanggapan mereka bahawa kita tidak boleh menyeru Rasulullah dengan perkataan "Ya" ataupun "Oh" ?

PRAKATA

Segala puji dan puji hanya buat Allah, Tuhan seluruh alamraya dan selawat serta salam buat Nabi dan RasulNya Muhammad dan kaum keluarganya dan para sahabat. Didalam agama Islam terdapat dua perayaan besar yang disebut sebagai hari Raya ataupu 'Id iaitu, 'Idil-adha dan 'Idil-fitri. Perayaan lain yang terdapat didalam agama Islam, seperti Maulidurrasul bukan merupakan satu kewajiban tetapi ia tidaklah pula dilarang untuk menyambutnya. Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan tentang sambutan Maulidurrasul dan ia menjadi fokus perdebatan dan perbalahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting yang perlu ditangani oleh umat Islam. Zaman ini merupakan zaman dimana musuh-musuh Islam sedang melakukan operasi besar-besaran untuk menghancurkan ummat Muhammad, daripada dalam mahupun daripada luar tanpa perasaan belas kasihan dan amat sedikit sekali bilangan orang-orang yang beriman yang dapat mempertahankan ummah ini daripada serangan-serangan ini. Zaman ini merupakan zaman jahiliyyah Ummat Islam, sehinggakan kebenaran amat jarang sekali dan kebatilan merupakan perkara yang biasa dan diterima umum. Firman Allah kepada orang-orang yang beriman,"Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai" (Ali-Imran: 103). Pada zaman ini serangan musuh bukanlah satu-satunya penyebab penderitaan ummat Islam. Dikalangan kita sendiri - ummat Islam - ada musuh dalam Islam, tidak perlulah kita sebut siapa mereka kerana ianya telah pun diketahui umum. Musuh dalam selimut ini, tidak pula suka untuk menyerang musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi sebaliknya, mereka menyebarkan pula permusuhan dan perpecahan dikalangan ummat Islam diseluruh dunia. Oleh itu saya rasa ini merupakan tanggungjawab saya untuk melindungi mereka yang beriman daripada serangan mereka ini, yang tidak ada kerja lain, selain mencari kesalahan saudara sendiri. Mereka berkerja bertungkus lumus untuk menaikkan rasa syak wasangka dan was-was kepada perkara-perkara yang sahaja mereka timbulkan agar ianya menjadi satu yang kontroversi dan seterusnya, menuduh saudara sendiri sebagai musyrik, kafir, dan mubtadi'. Mereka pula dengan senang-senangnya merubah pendapat-pendapat ulama-ulama yang terdahulu, yang selama 1400 tahun dianggap sahih dan benar oleh semua ummat Islam dan menamainya sebagai bid'a, syirik dan kufur!

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menuli didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"

Oleh itu, untuk melindungi orang-orang awam Muslim dan Mukmin daripada tuduhan-tuduhan yang tidak boleh diterima, terutama sekali di Amerika dan Kanada, yang tidak mempunyai ramai ulama' yang boleh menjawab orang-orang yang jahil ini adalah penting untuk mengetahui mengenai kedudukan keadaan yang sebenarnya. Sebenarnya kedudukan perkara ini melibatka persoalan khilaf (perbezaan pendapat para ulama') sahaja dan tiada siapa yang merubah pendapat para ulama' yang muktabar kecuali orang-orang yang jahil dan para pembuat bida'ah. Insyaallah, saya akan memberi fakta dan nas serta dalil yang berkaitan dengan Maulidurrasul yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah serta ijma' para ulama, agar dengan niat ini, semoga ianya menjadi jawaban kepada kritikan-kritikan dan persoalan-persoalan para "ulama" yang jahil yang berpura-pura mahir dalam agama dan semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama - ilmu yang Allah beri kepada ulama' yang benar dan semoga Allah merahmati para ulama' yang benar ini. Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi ingin saya kemukakan 3 kenyataan:

1. Kami mengatakan bahawa menyambut Maulidurrasul (s.a.w) adalah dibolehkan. Perkumpulan yang dilakukan untuk memperdengarkan Sirah (kisah hidup) dan 'Madh' (puji-pujian) buat Rasulullah (s.a.w) adalah juga dibenarkan, begitu juga dengan kebiasaan menjamu tetamu dan menggembirakan saudara seUmmah adalah dibenarkan dan digalakkan.

2. Meraikan Maulidurasul (s.a.w) bukan sahaja terhad pada 12 hb. Rabi'ul al-Awwal tetapi ianya patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan di setiap masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dan Shari'a didalam hati-hati mereka

3. Majlis sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan peluang keemasan yang berkesan dan efisyen untuk menyebarkan Islam dan mendidik anak-anak kita, yang tidak patut diabaikan oleh para ulama dan da'I, untuk mengajar dan mengingatkan Ummah mengenai Rasulullah (s.a.w) dan akhlaq baginda yang mulia, cara baginda beribadah dan cara baginda baergaul dengan orang ramai. Cara ini boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasul (s.a.w) pada hati kanak-kanak. Pemberian makanan serta minuman dan hadiah juga akan membuatkan mereka merasa gembira menyambut hari tersebut.

Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut Hari Kelahiran (s.a.w) adalah diterima oleh Shari'a.

Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)

2-1 Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w).

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

2-2 Rasulullah (s.a.w) menekankan bahawa hari Isnin sebagai hari Kelahiran Baginda

Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa), bahawa Rasulullah (s.a.w) kenapa beliau berpuasa pada hari Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul." Daripada Mutawalli Sha'rawi:"Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda (s.a.w) dilahirkan sebagai bukti bagi hadith dan sejarah bahawa malam Rasulullah (s.a.w) dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia lain dilahirkan". Peristiwa yang termaktub didalam hadith termasuklah gegaran yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat 265-268. Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1, ms. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku". Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana hari itu merupakan hari Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda,"Aku merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak. Hadith-hadith ini merupakan riwayat 'Shaikhayn' Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menulis didalam Sahih nya, Rasulullah (s.a.w) bersabda, Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku." Rasulullah (s.a.w) mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadith. Ini bermakna, Rasulullah (s.a.w) telah melahirkan dan menzahirkan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu daripada bentuk ibadah khusus. Oleh kerana Rasulullah (s.a.w) sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin kaedah menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi dzat/intipati sambutan itu tetap sama. Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin, bersama-sama berselawat kepada Nabi (s.a.w), ataupun bersama-sama mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut hari tersebut. (Sila lihat hadith," Meninggal pada hari Isnin" dibawah)

2-3 Firman Allah: Bergembiralah dengan Nabi (s.a.w)

KETIGA: Untuk menyatakan kegembiraan kita untuk baginda Rasulullah (s.a.w) kerana Allah telah mengutuskan baginda kepada kita seperti firman Allah didalam al-Quran, " diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira" (Yunus:58). Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur diatas rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain Rasulullah (s.a.w) sendiri, dan Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107) Kerana Rasulullah (s.a.w) diutus sebagai rahmat untuk semua manusia, kegembiraan menyambut kelahiran baginda tidak tertakluk pada yang Muslim sahaja, bahkan seluruh manusia, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan tersebut. Malangnya, pada masa sekarang ramai Muslim yang beriya-iya menentang perintah Allah untuk bergembira dan menyambut hari NabiNYA.

2-4 Nabi (s.a.w) menyambut Hari-hari Bersejarah

KEEMPAT: Nabi (s.a.w), biasanya menghubungkaitkan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain ini, "Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadith ini merupakan hadith yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut ('Ashura) dan hari sebelumnya.

2-5 Allah Berfiman," Berselawatlah Kamu Kepada Nabi"

KELIMA: Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.

Bersambung.....


Posted at 04:56 pm by mantyn
Make a comment  

Friday, April 15, 2005
Wasiat terakhir.

Setelah  beberapa  hari  ditempatkan  di  wad  ICU,  keadaan Mak Temah mula
beransur  stabil.  Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi
peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan. Tok Ketua bercadang untuk
melawat  Mak  Temah  yang  merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama
isterinya  Bedah,  Tok  Ketua  ke hospital lewat petang itu untuk menziarah
jirannya itu.

Mak   Temah   kelihatan   amat   lemah   tetapi   masih   dapat   mengenali
tetamu-tetamunya.  Dia  memandang  ke  wajah  Mak  Bedah  dengan mulut yang
terkumat kamit. Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya
ke  bibir  beliau.  Tok  Ketua  yang berada di sisi katil sebelah lagi juga
turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.

Tetapi,   tiba-tiba   Mak   Temah   mengalami   sesak   nafas  dan  dadanya
berombak-ombak  turun  naik.  Dalam  keadaan  kelam  kabut  itu,  Tok Ketua
terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok
Ketua  menyimpan  beberapa  helai  kertas  kecil di dalam saku koceknya dan
dengan  segera  menyerahkannya  kepada  Mak  Temah. Tentunya Mak Temah mahu
menulis  wasiat,  getus  fikirannya.  Nafas  Mak  Temah  semakin  sesak dan
akhirnya  terhenti  setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Menghormati
jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.

Keesokannya  setelah  jenazah  disempurnakan,  barulah  Tok Ketua memanggil
kesemua  waris  Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat
untuk  mereka  sebelum  menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa
hairan  kerana  setahu mereka MakTemah bukan orang berharta. Perlahan-lahan
Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan
memasang  cermin  matanya.  Mukanya  merah  padam dan kertas tersebut jatuh
daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.
Anak  sulong  Mak  Temah,  Rizal  mengambil kertas tersebut dari lantai dan
membacanya...

"tolong jangan pijak salur oksigen aku, tok ketua !"

Posted at 04:02 pm by ibnuqudamah
Make a comment  

Thursday, April 14, 2005
Nasiruddin Albani

Ramai menganggap beliau muhaddith. Tapi ramai jugak yang mempertikaikan manhaj beliau dalam ilmu hadith. click kat sini untuk mengetahui lebih lanjut. Read


Posted at 12:26 pm by ibnuqudamah
Comment (1)  

Previous Page Next Page