Free Web Page Hit Counters
Alumni Pelajar DPI Kolej UNITI
*Yahoo IM: Antusabun


Koleksi Gambar Aku
My MOBLOG




Formula 1 Count Timer
Flash In HTML

   

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

online


naruto
 


Undergrounder's ::masterpyan's hangout:: .: fungkur's Network :. ::mizi2054:: ::NagarasFire:: Image hosted by Photobucket.com .:mazadi_tantascan:. Nonie Punyer Cerite Image hosted by Photobucket.com Ada Image hosted by Photobucket.com Totin nashrex's Moghammer buttet web blog title Initial D World [ Blog's Center Community ] torrent malaya gengjurnal.net jiwang.org Image hosted by Photobucket.com

.:Link Lain:.

Paleq/NurAlana

Soccer Torrent/Skype

Movie Torrent/Nadia Mode

Wanieafarisyah/Kamil Studios

Arsyan/Eastmail

NewsKini/LADANG






"Listen to my phrase of wisdom, open your eyes to the vision of life, your image of purity shows."
"To love someone is nothing, to be loved by someone is something, but to be loved by ALLAH is everything" --Anonymous

+Lobam65



moon phases
 







rss feed



Wednesday, August 31, 2005
Merdeka: Kenapa pejuang bukan Umno disisih?

Oleh CIKLEE AB
MENJELANG Hari Kemerdekaan ke-48, kita sekali lagi ditiup semangat patriotik agar menjananya di kalangan rakyat jelata dengan mendendangkan semangat muhibah serta perpaduan nasional.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri. Janganlah kita buta sejarah.

Tetapi siapa lagi pejuang-pejuang yang yang gugur serta yang masih di depan mata?

Perjuangan Menentang Penjajahan British dan Jepun

KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)

Ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Presiden : Ibrahim Haji Yaakob Naib : Mustapha Hussein S/Usaha Agung : Hassan Manan S/Usaha : Othman Md Nor Bendahari : Idris Hakim Ahli Jawatankuasa : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) : Onan Siraj : Abdul Karim Rashid : Bahar Abik : Sulong Chik : Abdullah Kamil : Abdul Samad Ahmad : Mohamad Salehuddin : Ahmad Boestamam : Burhanuddin Al Helmy

Ditubuhkan atas asas ideologi dan berlandaskan demokratik-sosialisme. Berjuang melawan penjajah, antifeudal dan antielit birokrat Malaya yang berorientasi Barat. Berjuang untuk penyatuan nasional, berperikemanusian, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi, rasa persaudaran atas asas kebenaran dan kesucian.

Semasa perang dunia ke-2,pendudukan Jepun di Malaya pada Disember 1941 KMM bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 KMM diharamkan oleh Jepun kerana mempelopori perjuangan kemerdekaan Malaya. Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) meneruskan perjuangan bersenjata menetang Jepun.

PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)

Dirasmikan penubuhannya pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA dan benderanya ialah MERAH-PUTIH.Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis dan tidak mendapat sokongan elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.

Yang Dipertua pertama ialah Mokhtarudin Laso yang teralu kekirian. Naib Yang Dipertua pula ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy seorang tokoh agama. Setiusaha disandang oleh oleh Dahari Ali. Apabila Mokhtarudin Laso hilang ke Sumatera Barat, bertempat di 'Rumah Merdeka' di Kampung Bahru jawatankuasa baru dilantik:

Yang Dipertua Agung : Dr Burhanuddin Al-Helmy Naib Yang Dipertua Agung : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) Setiusaha Agung : Zulkifli Aoni Ahli Jawatankuasa : Abdullah CD (Cik Dat Abdullah) : Ahmad Boestamam : Musa Ahmad : Khatijah Ali : Abu Bakar Al Baqir

Nota : Selepas PKMM pindah Ke Kuala Lumpur, Khatijah Ali diganti oleh Aishah Ghani atau yang dikenali sebagai 'Mak Inang' iaitu penulis pojok akhbar rasmi PKMM 'PELITA MALAYA'.Kemudian Aishah Ghani meletak jawatan apabila menjadi penjawat jawatan dalam kerajaan British.Beliau diganti oleh Samsiah Fakih dan Zainab Mahmud Baginda.

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk Merdeka. British menolak perlembagaan dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato Onn menerajuinya.

Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar.

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya :

1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.

2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang.

Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM).

Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5.Hizbul Muslimin.

Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU).

Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya(MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.


Posted at 06:44 pm by ibnuqudamah

web design
June 25, 2009   11:48 AM PDT
 
tuduh tanpa bukti fitnah namanya
malaysia seo
June 23, 2009   07:36 AM PDT
 
tak baik tuduh tanpa bukti
fire safety
June 1, 2009   04:36 AM PDT
 
tak kan kena tuduh sampai macam tu
web design
April 17, 2009   11:29 AM PDT
 
saya nak sejarah portugis
yourshop.cc
December 4, 2008   09:47 AM PST
 
http://www.watchesforsale.us
Jeffri Rahman
March 27, 2008   02:37 AM PDT
 
sila masuk laman web ni utk download DVD yg bertajuk sepuluh tahun sebelum merdeka. Kelahiran HARTAL pada 20 okt 2007. Itu kita perlu tahu. Dalam buku teks sejarah mmg takde.

http://10tahun.blogspot.com
stearly das
January 20, 2008   08:05 AM PST
 
komunis- mungkin banyak diantara kita yang mengatakan bahawa kita amat membenci komunis terutamanya di dalam pimpinan samsiah fakeh, tetapi kalau diteliti dengan secara mendalam, perjuangan mereka sebenarnya membawa pengertian yang amat besar dalam dunia Malaysia pada masa kini. Cuba kita fikir..kalaulah pada masa itu tidak ada komunis...mungkin Malaysia pada masa kini seperti negara-negara yang lain yang sentiasa berperang, dan kita harus mengetahui bahawa sejarah itu adalah untuk memberi iktibar kepada kita semata- mata...walaupun tindakan mereka dianggap ganas..tetapi itulah yang menjadi tunggak kepada keamanan yang dikecapi sekarang ini...
Nane??!!?
May 1, 2006   10:59 AM PDT
 
Pendudukan Jepun di tanah melayu???
Name
March 23, 2006   10:15 AM PST
 
saya nak sejarah pendudukan jepun di tanah melayu lah please...........saya perlukan sekarang sebab nak buat folio
khairol nazran
February 24, 2006   09:55 PM PST
 
dengan adanya maklumat seperti berikut kita ketahui bahawa umno bukanlah parti yang ulong dalam perjuangan kemerdekaan tanah air kita.apa yang berlaku nama-nama pejuang seperti ibrahim yaakob, ahmad boestamam,dr burhanddin dan ramai lagi terus dilenyapkan dari sejarah kemerdekaan tanah air.kita boleh mengubah masa depan tetapi kita tidak sekali-kali boleh mengubah sejarah..!
khairol nazran
February 24, 2006   09:54 PM PST
 
dengan adanya maklumat seperti berikut kita ketahui bahawa umno bukanlah parti yang ulong dalam perjuangan kemerdekaan tanah air kita.apa yang berlaku nama-nama pejuang seperti ibrahim yaakob, ahmad boestamam,dr burhanddin dan ramai lagi terus dilenyapkan dari sejarah kemerdekaan tanah air.kita boleh mengubah masa depan tetapi kita tidak sekali-kali boleh mengubah sejarah..!
khairol nazran
February 24, 2006   09:53 PM PST
 
dengan adanya maklumat seperti berikut kita ketahui bahawa umno bukanlah parti yang ulong dalam perjuangan kemerdekaan tanah air kita.apa yang berlaku nama-nama pejuang seperti ibrahim yaakob, ahmad boestamam,dr burhanddin dan ramai lagi terus dilenyapkan dari sejarah kemerdekaan tanah air.kita boleh mengubah masa depan tetapi kita tidak sekali-kali boleh mengubah sejarah..!
huanhuan
January 23, 2006   07:08 AM PST
 
ini banyak membantu rakyat malaysia untuk memahami sejarah yang benar.....teruskan!
Name
December 29, 2005   08:10 AM PST
 
MERDEKA!
MERDEKA DENGAN DARAH DALAM API!
Name
December 29, 2005   08:10 AM PST
 
MERDEKA!
MERDEKA DENGAN DARAH DALAM API!
hulu cheka
December 18, 2005   03:43 PM PST
 
adakah kita masih di belenggu oleh cara pemikiran penjajah. kerana banyak tokoh yang berjuang untuk kemerdekaan negara di tuduh penhianat negara
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry