Haram puja “Idol” hiburan kata Mufti Perak
Thursday, August 25, 2005
Haram puja “Idol” hiburan kata Mufti Perak
Haram bagi manusia memuja manusia
Ipoh 5 Rejab 1426H @ 10 Ogos 2005 (Rabu) - Kecenderungan manusia memuja manusia hari ini, sehingga seolah-olah manusia yang dipuja itu bukan taraf manusia lagi, adalah bersalahan dengan syariat Islam.
Justeru itu timbullah apa yang disebut sebagai 'idol' yakni manusia yang dipuja-puja disebabkan keistimewaan yang dimiliki kerana pandai menghibur.
YBhg SS Mufti Negeri Perak berkata 'idol' adalah terbit dari perkataan yang membawa masksud tokong, dan amat bersalahan sekali jika manusia memuja manusia seolah-olah manusia yang dipuja seperti tokong disebabkan keistimewaannya melebihi manusia dan pandai menghibur manusia yang lain.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata demikian pagi ini menerusi Perak FM kira-kira jam 7.30 pagi tadi menerusi rancangan Al-Fikrah bersama Mufti Perak.
Amat malang sekali bagi manusia yang dianugerahkan akal tetapi tidak mampu membezakan keistimewaan anugerah kelebihan manusia, sebaliknya bertindak memuja kelebihan itu hingga melupakan ianya adalah pemberian pencipta mereka - JMNPk
http://mufti.perak.gov.my/berita/berita050810-1.htm
Posted at 06:44 am by ibnuqudamah