|
 |
|
Aku dah nak balik dah nie
Friday, October 21, 2005
Aku dah nak balik dah nie
Kepada kawan-kawan yang selalu layan blog ni.....cuma nak bagitau pasal aku dah nak balik Malaysia tak lama laie. Doakan aku selamat sampai ke tanah air tercinta. Buat Herma kalau rajin, tolong2 jenguk blog ni yer. Payah betul nak handle sampai 2 blog ni..
Apa-apa pun aku sentiasa doakan kawan-kawan yang masih ada kat Ardul-Kinanah ni.
Doakan aku skali yer....
Akhir sekali Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin
Wassalam
Posted at 11:39 am by ibnuqudamah
ReAd MoRE!!
Imam Nawawi
Wednesday, October 05, 2005
Namanya: Ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi. Lahir di Damsyiq, Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah. Menghafaz Quran sejak dari kecil. Setiap hari beliau mempelajari sebanyak 12 mata pelajaran dalam berbagai jurusan ilmu agama. Antara karangannya yang terkenal: Syarah Sahih Muslim, Riyadus Sŕlěhin dll.
Kehidupannya sehari-hari adalah sekadar memelihara kesihatan badannya. Makan minumnya sehari semalam hanya sekali. Pendik kata beliau tidak sangat menghiraukan soal makanan, pakaian serta perhiasan, apa saja yang ada memadailah.
Keperibadiannya
Penuh dgn taqwa dgn erti kata sepenuhnya, wara'nya dan kebersihan jiwanya. Sebagai seorang ulama amatlah suka ditemui. Ada riwayat mengatakan keengganannya memakan sebarang jenis buah-buahan bukan sahaja kerana mengelak dari mengantuk tapi adalah juga kerana buah-buahan di Damsyiq waktu itu dianggapnya lebih banyak mengandungi shubhat.
Pengusirannya
Imam Nawawi pernah diusir dari Syam akibat fatwanya yang tidak menyenangkan Sultan Al-Malik Al-Zahir [dari kerajaan Mamalik (hamba sahaja). Dari kerajaan Bani Ayyub]. Imam Nawawi bukanlah sebagai seorang ulama yang mencari kebenaran untuk dirinya sahaja atau ulama yang merasa bahagia dengan ketinggian ilmunya, tetapi tidak berani menghadapi masyarakat sekeliling dengan petunjuk dan nasihatnya. Imam Nawawi bukanlah dari golongan ulama yang mencari keuntungan dengan ilmu, dengan membiarkan masyarakat ummat didalam kejahilan dan asyik dalam kehonaran.
Beliau memimpin umat, bukan umat memimpin beliau. Beliau memfatwakan kebenaran tidak pandang siapa pun juga, walaupun akibatnya merugikan kedudukannya. Kerana inilah tugas ulama yang dikatakan warithatul anbiyá, iaitu mempusakai ajaran nabi dan menyampaikannya.
Imam Nawawi selamanya hidupnya telah banyak menulis dan mengarang, mengajar dan menasihat. Terkemuka kerana kebenarannya, dikagumi kerana kejujurannya. Islam menurut falsafahnya adalah seluruh hidup, tidak bercerai dan berpisah dari hidup. Kerana ini, beliau selalu menyampaikan nasihat secara peribadi dan menulis beberapa pucuk surat kepada baginda Sultan Al-Malik Al-Zahir.
Menurut riwayat, beliau pernah menulis kepada baginda menerangkan keadaan negeri Syam pada masa itu, yang disifatkan sebagai amat mengancamkan keselamatan rakyat akibat kesempitan kehidupan dan melambung tinggi harga barang-barang keperluan. Diterangkan pendapat dan pandangannya secara ikhlas untuk segera bertindak bagi mengatasi keadaan itu. Tapi amat sayang! Tulisannya yang ikhlas itu tidak dinilai baginda, malah dipandangnya beliau seorang ulama yang suka mencampuri urusannya dan kerana itu beliau dianggap seorang yang tidak diingini.
Sikap baginda itu tidak mencemaskan beliau kerana hidupnya tidak mengharapkan sebarang kurnia dari baginda. Apa yang terjadi akibat fatwanya adalah kerana sudah sewajarnya, kerana kebenaran dengan kebatilan adalah dua hal yang bertentangan.
FATWA IMAM NAWAWI YANG MENGGEMPARKAN
Menurut riwayat bahawa apabila Sultan Al-Malik Al-Zahir tlh mengadakan persiapan perang utk memerangi orang-orang Tatar (Monggol) lalu digunakanlah fatwa ulama yang mengharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Ulama fiqh negeri Syam tlh menulis menerangkan fatwa tersebut, tetapi baginda belum merasa senang hati kalau Imam Nawawi tidak memberi fatwanya.
Baginda menjemput Imam Nawawi dan meminta beliau memberi fatwanya bersama ulama fiqh mengenai pengambilan harta rakyat untuk peperangan. Beliau berterus terang tidak mahu memberi fatwanya dan enggan. Baginda bertanya: "Apakah sebabnya beliau enggan?". Lalu beliau memberi penjelasan kpd baginda menerangkan seperti berikut!
"Ampun tuanku! Adalah patik sememangnya mengetahui dgn sesungguhnya bahawa tuanku adalah dahulunya seorang tawanan tidak ada sebarang harta benda. Tetapi pertolongan Allah tlh dilimpahkan kurnianya kpd tuanku dgn dijadikan tuanku seorang raja. Ampun tuanku! Adalah patik telah mendengar bahawa tuanku ada memiliki seribu orang hamba, tiap seorang mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 orang khadam wanita milik tuanku, masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai. Andaikata tuanku sendirian membelanjakan kesemua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat."
Kesimpulannya, beliau berfatwa tidak membenar baginda mengambil harta rakyat selama kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan . Baginda Al-Malik Al-Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya beliau segera keluar dari Damsyiq.
Imam Nawawi terima saja perintah pengusirannya itu dengan girang hati. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para ulama Syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyiq, tetapi beliau enggan sambil berkata: 'Saya tidak akan balik ke Damsyiq selama baginda masih berkuasa."
Kisah ini memberikan kepada kita suatu gambaran yang jelas tentang keberanian jiwa seorang ulama yang tidak mahu mengejar pangkat dan kedudukan dan tidak rela mengorbankan kebenaran hukum kepentingan seorang dengan merugikan orang ramai.
Keberanian Imam Nawawi menegakan suatu kebenaran adalah sebaik-baik contoh kepada ulama, dimana mereka dikehendaki untuk mengatakan sesuatu yang benar menurut hukum walau kepada sesiapa pun jugadan mereka tidak boleh bersifat pengecut dan pengkhianat kebenaran semata-mata dipengaruhi seribu satu macam kebimbangan dan ketakutan.
Umat Islam kini memerlukan kepada ulama yang berjiwa besar seperti Imam Nawawi dan kita berharap semuga ada hendaknya mereka itu dalam kalangan masyarakat Islam untuk kebaikan agama dan umat.
Wafat Imam Nawawi pada 24 Rejab 676 Hijrah. Beliau telah berjaya menyumbangkan tenaga fikiran dan ilmunya kepada agama Islam dan umatnya.
Posted at 04:10 pm by ibnuqudamah
ReAd MoRE!!
Merdeka: Kenapa pejuang bukan Umno disisih?
Wednesday, August 31, 2005
Merdeka: Kenapa pejuang bukan Umno disisih?
Oleh CIKLEE AB
MENJELANG Hari Kemerdekaan ke-48, kita sekali lagi ditiup semangat patriotik agar menjananya di kalangan rakyat jelata dengan mendendangkan semangat muhibah serta perpaduan nasional.
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri. Janganlah kita buta sejarah.
Tetapi siapa lagi pejuang-pejuang yang yang gugur serta yang masih di depan mata?
Perjuangan Menentang Penjajahan British dan Jepun
KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)
Ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Presiden : Ibrahim Haji Yaakob Naib : Mustapha Hussein S/Usaha Agung : Hassan Manan S/Usaha : Othman Md Nor Bendahari : Idris Hakim Ahli Jawatankuasa : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) : Onan Siraj : Abdul Karim Rashid : Bahar Abik : Sulong Chik : Abdullah Kamil : Abdul Samad Ahmad : Mohamad Salehuddin : Ahmad Boestamam : Burhanuddin Al Helmy
Ditubuhkan atas asas ideologi dan berlandaskan demokratik-sosialisme. Berjuang melawan penjajah, antifeudal dan antielit birokrat Malaya yang berorientasi Barat. Berjuang untuk penyatuan nasional, berperikemanusian, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi, rasa persaudaran atas asas kebenaran dan kesucian.
Semasa perang dunia ke-2,pendudukan Jepun di Malaya pada Disember 1941 KMM bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 KMM diharamkan oleh Jepun kerana mempelopori perjuangan kemerdekaan Malaya. Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) meneruskan perjuangan bersenjata menetang Jepun.
PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)
Dirasmikan penubuhannya pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA dan benderanya ialah MERAH-PUTIH.Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis dan tidak mendapat sokongan elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.
Yang Dipertua pertama ialah Mokhtarudin Laso yang teralu kekirian. Naib Yang Dipertua pula ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy seorang tokoh agama. Setiusaha disandang oleh oleh Dahari Ali. Apabila Mokhtarudin Laso hilang ke Sumatera Barat, bertempat di 'Rumah Merdeka' di Kampung Bahru jawatankuasa baru dilantik:
Yang Dipertua Agung : Dr Burhanuddin Al-Helmy Naib Yang Dipertua Agung : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) Setiusaha Agung : Zulkifli Aoni Ahli Jawatankuasa : Abdullah CD (Cik Dat Abdullah) : Ahmad Boestamam : Musa Ahmad : Khatijah Ali : Abu Bakar Al Baqir
Nota : Selepas PKMM pindah Ke Kuala Lumpur, Khatijah Ali diganti oleh Aishah Ghani atau yang dikenali sebagai 'Mak Inang' iaitu penulis pojok akhbar rasmi PKMM 'PELITA MALAYA'.Kemudian Aishah Ghani meletak jawatan apabila menjadi penjawat jawatan dalam kerajaan British.Beliau diganti oleh Samsiah Fakih dan Zainab Mahmud Baginda.
Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk Merdeka. British menolak perlembagaan dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato Onn menerajuinya.
Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar.
PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya :
1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.
2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang.
Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.
4. Jabatan Kerja Melayu (JKM).
Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.
5.Hizbul Muslimin.
Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.
6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.
7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.
8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU).
Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.
8.Kesatuan Opera Melayu.
9.Persatuan Pemandu Teksi.
10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya(MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
Posted at 06:44 pm by ibnuqudamah
ReAd MoRE!!
Lagi beberapa hari exam tasfiah akan menjelma. Ya, 3/9/2005. Banyak lagi persediaan yang perlu saya lakukan. Jika gagal dalam exam ini bermakna saya menempah untuk tinggal setahun lagi di bumi bertuah ini.
Imtihan Tasfiah! hanya pelajar Universiti Al-Azhar sahaja yang mengetahui apa maknanya. Walau apa pun saya redho!. Hanya perlu belajar dan belajar untuk berjaya. Semoga saya berjaya.
Oh ya! kebelakangan ini pelbagai isu panas yang melanda di negara kita sampaikan tidak sempat untuk kita bincangkan disini. Bagaimana mahu di bincangkan kalau kadar pengunjungnya juga tidak seberapa (adminnya jugak ntah apa-apa). Jadi bagaimana ya?
Isu Mawi bertuah, isu fatwa Dr Mashitah dan jugak fatwa katak dari Ustaz Astora Jabat. (Isu Wahabi yang tak sudah-sudah) Kalau ada yang tertinggal ingatkan saya....Jadi bagaimana mahu dibincangkan disini kerana di sini bukannya forum. InsyaAllah akan saya buatkan research tentang perkara ini lalu di postkan disini. Senangkan?
Jadinya kita tinggalkan dahulu bahagian ini kerana saya perlu study untuk exam yang akan datang. Maklumlah tidak sepandai Dr Asri. Semoga pengunjung semua doakan saya ye!
Wassalaam
Posted at 06:24 pm by ibnuqudamah
ReAd MoRE!!
Assalamualaikum...
Sudah lama saya tidak menulis sendiri di dalam blog ini, bukannya apa, kerana tiada idea. Tak tahu apa yang ingin di tulis. Insya Allah jika saya mempunya kelapangan akan saya teruskan di laman blog ini.
Bukannya banyak komitmen yang perlu saya lakukan kerana saya masih lagi pelajar. Tapi tak tahu apa yang membuatkan saya jadi begini. Mungkin kerana saya terlampau menumpukan pada sesetengah projek jadi saya abaikan blog ini. Mungkin juga kerana saya terlampau menumpukan pada laman kolej saya (kolejuniti.blogspot.com).
Walau apa pun insyaAllah laman ini tak akan saya abaikan. Kepada pengunjung yang istiqomah pada laman ini saya ucapkan bebanyak terima kasih.
Wassalam
Posted at 06:14 pm by ibnuqudamah
ReAd MoRE!!
Najmil Faiz, wira sebenar bangsa, negara?
Kiriman BADRUSHAH
SALAM sejahtera
Di kala ini, ramai antara kita yang lebih mengenali peserta-peserta pertandingan program realiti. Nyanyian dan persembahan mereka sudah lali dengan kita. Kita boleh mengetahui nama kampung atau warna kegemaran peserta tersebut. Namun apabila kita menyebut nama Najmil Faiz, tak ramai yang mengenali beliau.
Kita lebih mengambil berat dan sanggup mengalirkan air mata mendengar penyanyi dikritik atau diundi keluar daripada mengingati pengorbanan seorang pemuda Melayu berhempas pulas bekerja keras mencuci bangunan dan mengangkat barang demi mencari wang untuk membiayai pelajaran dan survival beliau di negeri orang.
Inilah cerita mengenai seorang pemuda Melayu yang pada 14 Mac 2005 yang lalu, telah membentangkan hasil kajian beliau kepada anggota Parlimen United Kingdom di London dan memenangi anugerah ‘The Best Research of Good Prospect (2005)’. Para pelajar terutamanya diharap menjadikan Najmil sebagai contoh dan idola mereka...
Kejayaan yang dikecapi Najmil Faiz bukanlah dengan jalan yang mudah. Beliau telah mengorbankan usia muda dan keseronokan demi mencapai kejayaan. Pada pendapat beliau, sebagai manusia dan orang Melayu, beliau mesti membuktikan keupayaan beliau biarpun beliau terpaksa merangkak sekalipun.
Agenda untuk bangsanya cukup besar. Pendidikan menjadi satu-satunya aset tidak ternilai untuk kejayaan sesebuah bangsa. Beliau tidak boleh terima orang memandang rendah bangsa Melayu dan menganggap Melayu kurang asam, malas berfikir dan tiada daya saing.
Najmil Faiz Mohammed Aris, 26 tahun, pemuda berasal dari Ipoh, Perak ini mencapai kejayaan setelah 'tersedar' daripada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pangkat tiga. Selepas itu, beliau pernah bekerja di stesen minyak dan merasakan dirinya selalu dipandang rendah. Beliau pernah berasa malu dan tertekan kerana kegagalan, namun beliau berazam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seper ti abangnya. Disitulah permulaan dirinya yang baru.
Kemudian beliau bekerja dengan sebuah firma di Kelantan untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), di Batu Pahat dan pada tahun 2000 beliau melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda kejuruteraan dan seterusnya ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Metropolitan di Leeds.
Di sana, beliau terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam sehari. Pada waktu rehat tengah hari, sementara menunggu kuliah petang, dia bekerja. Semua jenis kerja keras dilakukan beliau termasuk mencuci bangunan dan mengangkut barang semata-mata bagi menampung kos pengajian dan sara hidup.
Semasa menceritakan pengalamannya di suatu majlis di Kuala Lumpur, beliau berkata bahawa tiada istilah penat dalam diri beliau dan beliau kerap tidak tidur malam mengulangkaji pelajaran. Beliau menambah lagi bahawa bukan mudah untuk beli au sampai ke tahap ini, sehingga untuk belajar bahasa Inggeris pun beliau terpaksa bertungkus lumus. Di dalam majlis tersebut, terlihat kesyahduan wajah kepuasan beliau dan menampakkan keyakinan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajiannya yang berakhir tahun depan.
Pada 14 Mac 2005 yang lalu, beliau mencipta sejarah pelajar Malaysia yang pertama diberi penghormatan dan pengiiktirafan untuk membentangkan kajian beliau "Micro Machine Process" kepada anggota Parlimen UK di London dan memenangi anugerah "The Best Research of Good Prospect (2005)". Beliau membentangkan kajian mengenai Proses Mikro dan Kejuruteraan Nano selama 15 minit. Najmil tidak menghampakan apabila anggota Parlimen yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan ideanya tetapi juga memberikan galakan kepadanya untuk meneruskan kajian beliau yang membabitkan "Nano" dan "Micro Machine Process".
Najmil yang terpilih sebagai antara pelajar Asia paling cemerlang, berjaya membuka mata industri United Kingdom terhadap kebolehan rakyat menerusi inovasi yang dihasilkan. Menurut Najmil, kajiannya berkaitan teknologi mengurangkan geseran yang mampu mengurangkan kos serta meningkatkan keefisienan dalam industri dan sektor pembuatan. Katanya pengurangan geseran akan membantu meminimumkan kehausan terhadap peralatan yang digunakan dalam sektor perkilangan. Kajian beliau amat diminati pengilang kerana ia dapat menjimatkan kos operasi berbilion ringgit dan masa, meningkatkan kadar hayat mesin dan gear yang digunakan serta meningkatkan keefisienan sektor pengilang di seluruh dunia.
Selain itu, teknologi ini mampu dimanfaatkan oleh sektor perubatan terutamanya dalam pembedahan tulang belakang dan tulang pinggul. Ini dengan meminimumkan geseran pada permukaan dan sendi tulang yang dapat memastikan tulang berfungsi dalam keadaan terbaik.
Hasil daripada pembentangan beliau yang memancarkan kecemerl angan akademik dan mutu kajian yang tinggi itu, Menteri Perindustrian Britain, Brian Edden menawarkan Najmil peluang seumur hidup untuk membentangkan hasil kajian Najmil di House of Common.
Menurut Najmil lagi, sepanjang menuntut dan menjalankan penyelidikan itu, beliau mendapat banyak bimbingan dan nasihat daripada tenaga pengajar di universitinya selain sokongan rakan-rakan. Beliau terpilih untuk membuat pembentangan itu hasil daripada perakuan universitinya.
Beliau berhasrat untuk mengembangkan hasil kajian beliau di Malaysia agar Malaysia dapat bersaing dengan negara lain menjelang 2020.
Beliau dijangka pulang ke tanah air pada Mac tahun depan untuk muncul sebagai salah seorang rakyat Malaysia termuda memiliki PhD, sekali gus memulakan kerjaya barunya sebagai pensyarah di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) di Batu Pahat, Johor. Beliau berazam untuk berkongs i pengetahuan dan teknologi yang dikumpulkannya sejak berada di UK dengan rakyat Malaysia termasuk pelajar-pelajar KUiTTHO apabila kembali ke tanah air sebagai seorang pensyarah. Memegang pepatah Melayu, ``Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'', Najmil menolak ganjaran tinggi yang ditawarkan oleh industri di UK.
Najmil Faiz Mohamed Aris adalah contoh intelek muda negara yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau mungkin tidak boleh menyanyi dengan 'pitching' yang elok mahupun menjanjikan persembahan naynyian yang baik, namun beliau patut menjadi pujaan anak-anak dara dan ibu-ibu sebagai calon suami dan menantu, idola kepada para pelajar dan ibubapa yang mengecapi keselesaan hidup. Sedangkan beliau yang susah boleh berjaya, mengapa tidak kita terutamanya yang membaca artikel ini.
Anehnya ketika Najmil berjuang untuk kecemerlangan diri dan bangsanya, ramai orang muda langsung tidak memikirkan soal agenda bangsa. Mereka lebih kelihatan dilanda keasyikan untuk pencarian bakat nyanyian. Mendorong makin ramai remaja Melayu di bangku sekolah lagi sudah berlumba-lumba mahu menjadi penyanyi, bukannya pakar matematik dan sains. Seolah-olah hiburan menjadi agenda lebih penting.
Najmil Faiz adalah seorang idola yang tidak boleh di-AFSINGKIR-kan daripada hidup kita sebagai rakyat Malaysia. – lanh
Posted at 06:08 pm by ibnuqudamah
ReAd MoRE!!
Tiada alasan boleh melacur kerana darurat
Thursday, August 25, 2005
Tiada alasan boleh melacur kerana darurat
Ipoh 21 J'Awal 1426H @ 28 Jun 2005 (Selasa) - MERUJUK kepada surat Saudara Rozmal Malakan dari Senawang yang meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memberikan penjelasan terhadap isu bekerja sebagai pelacur atas alasan darurat, saya terpanggil untuk memberi pandangan walaupun bukan ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Beberapa ulama memberikan ulasan mengenai takrif darurat berdasarkan maksud dalam ayat 3, surah al Maidah:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.
Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) daripada agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Menurut Imam Abu Bakar Al Jasas, darurat itu adalah satu keadaan ditakuti atau dikhuatiri akan berlaku kemusnahan ke atas nyawa atau beberapa bahagian anggota badan apabila tidak memakan makanan yang haram itu.
Al Bazdawi pula mengatakan bahawa darurat itu ialah keadaan di mana jika keengganan untuk memakan makanan yang haram itu akan menyebabkan kemusnahan nyawa dan anggota.
Ulama mazhab As Syafie (as Syafiyyah ) mengatakan skop darurat itu bukan sekadar takut kehilangan nyawa jika tidak memakan makanan yang haram itu, tetapi ditakuti juga akan berlaku kesakitan atau sakitnya bertambah teruk atau sakitnya itu akan berpanjangan.
Mereka juga meletakkan kekhuatiran akan ditinggalkan oleh rakan seperjalanan dan ketidakmampuan untuk mengendalikan kenderaan jika tidak memakan makanan yang haram itu mahupun melakukan perkara yang terlarang.
Imam Abu Zuhrah pula mendefinisikan darurat pula sebagai satu keadaan ditakuti akan kehilangan nyawa ataupun kehilangan harta keseluruhannya ataupun masahat dharurinya (agama, nyawa, maruah, akal dan harta) terancam jika tidak memakan yang haram atau tidak melakukan perkara yang terlarang dengan syarat tidak menyentuh hak orang lain.
Sesungguhnya syarak telah menetapkan beberapa syarat yang membolehkan seseorang itu memakan makanan yang diharamkan atau melakukan perkara yang dilarang mahupun meninggal atau menangguh perkara yang diwajibkan ke atasnya.
Berikut adalah beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Islam dalam meletakkan sempadan daerah darurat itu sendiri. Jika menepati kriteria ini barulah terpakai kaedah syarak seperti darurat mengharuskan perkara yang dilarang
* Darurat itu memang benar-benar berlaku bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan nyawa ataupun harta benda. Kalau pun kekhuatiran itu didasarkan andaian, andaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan pemerhatian.
* Orang yang berada dalam keadaan darurat itu tidak ada jalan lain yang dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudaratan itu. Contohnya seseorang yang amat perlu untuk meminjam wang maka ia mesti memilih pinjaman tanpa riba kerana zaman ini sudah ada alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba.
* Orang yang dalam keadaan darurat (terpaksa) itu mestilah berusaha jangan memilih perkara yang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi Syariat Islamiah dan usul akidah Islamiah seperti tidak halalnya ia memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan mengambil hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya adalah mafsadah (kerosakan).
Ini bererti jika dalam melepaskan keadaan terpaksa itu tiada jalan yang halal, cuma yang ada beberapa jalan yang haram, maka ia mesti memilih mudarat yang lebih ringan dan tidak terang-terang melanggar perkara-perkara asasi dalam Islam.
* Ketika melepaskan keadaan daruratnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang berkenaan berdasarkan kaedah keadaan darurat diukur dengan tingkatannya
* Dalam isu terpaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa, syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil.
* Dalam pemerintahan negara, pemimpin perlu memastikan kepentingan awam dan negara didahulukan walaupun kadang-kadang terpaksa mengambil jalan yang terlarang apabila jalan yang halal tiada atau kurang berkesan dalam menjaga kepentingan negaranya seperti pandangan beberapa orang ulama yang berpandangan harus membayar hutang negara kepada badan-badan dunia atau negara-negara kuasa besar bersama dengan faedah pinjaman walaupun pada asasnya riba itu haram kerana menjaga kepentingan negara daripada terjual atau tergadai kepada kuasa asing.
Daripada sedikit ulasan di atas, alasan melakukan perkara yang diharamkan kerana darurat tidak semudah seperti ia diungkapkan kerana pada hakikatnya ia masih terikat dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
Fenomena yang berlaku di masyarakat kita ialah ramai di kalangan umat Islam menggunakan alasan darurat dengan melakukan perkara yang haram dalam perkara peminjaman secara riba sedangkan peminjam berkenaan bukannya dalam perkara `daruriyyat' tetapi hanya dalam perkara `tahsiniyyat' sahaja.
Saya berpandangan alasan melacur kerana darurat tidak dapat diterima sama sekali oleh syarak mahupun akal dan adat masyarakat kerana masih banyak lagi jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalahnya lebih-lebih lagi disokong dengan statistik peluang pekerjaan yang banyak dikaut oleh pekerja asing di negara ini, di samping masih terdapat badan-badan kebajikan kerajaan mahupun swasta dan masih ramai warga negara ini yang berjiwa mulia bersikap suka menolong orang yang dalam kesusahan. - ZAMRI HASHIM, Pegawai
http://mufti.perak.gov.my/berita/berita050628-1.htm
Posted at 06:48 am by ibnuqudamah
ReAd MoRE!!
Haram puja “Idol” hiburan kata Mufti Perak
Haram bagi manusia memuja manusia
Ipoh 5 Rejab 1426H @ 10 Ogos 2005 (Rabu) - Kecenderungan manusia memuja manusia hari ini, sehingga seolah-olah manusia yang dipuja itu bukan taraf manusia lagi, adalah bersalahan dengan syariat Islam.
Justeru itu timbullah apa yang disebut sebagai 'idol' yakni manusia yang dipuja-puja disebabkan keistimewaan yang dimiliki kerana pandai menghibur.
YBhg SS Mufti Negeri Perak berkata 'idol' adalah terbit dari perkataan yang membawa masksud tokong, dan amat bersalahan sekali jika manusia memuja manusia seolah-olah manusia yang dipuja seperti tokong disebabkan keistimewaannya melebihi manusia dan pandai menghibur manusia yang lain.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata demikian pagi ini menerusi Perak FM kira-kira jam 7.30 pagi tadi menerusi rancangan Al-Fikrah bersama Mufti Perak.
Amat malang sekali bagi manusia yang dianugerahkan akal tetapi tidak mampu membezakan keistimewaan anugerah kelebihan manusia, sebaliknya bertindak memuja kelebihan itu hingga melupakan ianya adalah pemberian pencipta mereka - JMNPk
http://mufti.perak.gov.my/berita/berita050810-1.htm
Posted at 06:44 am by ibnuqudamah
ReAd MoRE!!
Bahaya Sisters In Islam , Surat kepada Menteri di JPM
Dibawah ini ialah kandungan e-mel yang saya kirimkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Dr. Abdullah B. Md. Zin ( menteri@islam.gov.my ) yang bertanggung jawab mengenai hal ehwal Islam akan bahaya pengaruh Sisters In Islam di Malaysia ini , antaranya Imam Wanita Amina Wadud dan pemansuhan undang-undang moral. Setakat ini tiada maklum balas yang di terima daripada menteri berkenaan.
Assalamualaikum wrt wbt ,
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ yang telah memberi komen mengenai isu ini yang tersiar dalam Mingguan Malaysia 3 April 2005.
Inilah jawapan yang dinanti-nantikan untuk memberi penjelasan kepada masyarakat Malaysia.
Seringkali saya perjelaskan kepada masyarakat setempat bahawa isu Amina Wadud ini mempunyai pengaruh yang besar di Malaysia, kerana beliau telah mempunyai tapak dan ramai penyokongnya dari kalangan ahli Sisters In Islam.
Saya juga menjelaskan kepada masyarakat setempat dan para jemaah ini bukanlah isu politik, ini ialah isu Islam itu sendiri, isu kefahaman Islam yang cuba dikelirukan oleh pihak tertentu dan pihak musuh Islam mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi suasana.
Saya juga sering berkata , jika tak sokong PAS tak apa, tak sokong pembangkang tak apa , tapi jangan bersekongkol dengan kumpulan Sisters In Islam ini, kerana boleh menjurus kepada pemahaman Islam yang liberal dan bebas sebebasnya serta boleh menjejaskan akidah.
Saya juga menasihatkan pada teman-teman yang ada anak-anak dalam Puteri UMNO dan isteri-isteri dalam Wanita UMNO agar jangan terpengaruh dengan dasar perjuangan hak wanita yang liberal oleh kumpulan Sisters In Islam ini, kerana akibatnya mereka boleh lihat sendiri apa yang Amina Wadud buat, tak mustahil pemimpin seperti Amina Wadud ini akan menggesa agar ada kadi dikalangan wanita, wanita boleh melafazkan talak dan sebagainya.
Saya juga berpesan kepada rakan-rakan yang mempunyai hubungan dengan pemimpin atasan UMNO agar jangan diberi ruang kepada Sisters In Islam untuk membuat seminar tentang hak wanita yang dikaitkan dengan pemahaman Islam yang salah di kalangan penuntut IPT,
Puteri UMNO dan wanita UMNO. Sekiranya ada anak pemimpin yang menyertai Sisters In Islam ini seperti Nori Abdullah agar dinasihatkan agar meninggalkan kumpulan ini dan bergurulah dengan ustazah kita yang ramai di JAKIM dan Jabatan Agama.
Kumpulan Sisters In Islam dan Amina Wadud ini mempunyai ramai pengikut mereka di Amerika Syarikat, dan mereka ini membentuk kumpulan Progressive Muslim Union of North America (PMU), dimana salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PMU ini ialah Zuriani Zonneveld anak bekas duta Malaysia yang juga merupakan pencipta lagu dan composer yang memenangi Album of The Year Award dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia. Dan tugas Zuriani dalam PMU ialah untuk mencabar pemikiran Islam dan memberi penerangan mengenai Islam kepada orang bukan Islam. Bayangkan jika orang seperti ini memberi penerangan kepada anak-anak kita di IPT, Puteri UMNO dan Wanita UMNO mengenai peranan wanita dalam Islam? Yang menariknya PMU ini juga mempunyai 10 prinsip Islam Progresif.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada YB Dato’ untuk memperkatakan apa yang benar dan apa yang salah.
Wassalam.
Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang
http://rozmal.blogspot.com/2005/04/bahaya-sisters-in-islam-surat-kepada.html
Posted at 06:42 am by ibnuqudamah
ReAd MoRE!!
Tolak sikap taksub dalam pengajian
Tuesday, August 16, 2005
Tolak sikap taksub dalam pengajian
Hakikat bahawa sebahagian besar hadis direkod secara makna dan bukan diterima secara lafaz jarang ditekankan dalam pengajian hadis. Pendapat ini disokong oleh para ulama. (Nahj al-Taisir Syarh Mazhumah al-Tafsir oleh Sayyid Muhsin bin Ali al-Musawa al-Makki).
Golongan tajdid dalam pengajian hadis tidak mengambil perhatian tentang aspek ini. Antara tokoh golongan tajdid ini ialah Syeikh Nasiruddin al-Albani yang mempengaruhi golongan Salafi Wahabi.
Kesannya ialah mereka bersikap taksub dalam penyelidikan. Sesungguhnya Sahih Bukhari mempunyai lafaz yang berbeza dalam ayat sesebuah hadis menurut riwayat atau kekukuhan ingatan atau keupayaan seseorang murid Imam Bukhari sehingga sampai ke generasi kita.
Albani sendiri tidak mengutamakan fakta ini dalam pengkajian hadisnya. Oleh itu, banyak hadis diketepikannya akibat tidak mengambil peduli majoriti hadis dalam dunia Islam adalah diterima secara makna.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa ada Sahih Bukhari diterima daripada jaluran salasilah (sanad) seramai 25 orang tokoh terkenal kerana buku-buku tentang penyelidikan hadis kini tidak menganggapnya penting. Tetapi, demi menjaga amanah ilmu Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani al-Makki (meninggal 1990) telah mendokumenkan fakta ini ke dalam kitab Nihayah al-Matlab.
Ada sebuah edisi Sahih Bukhari yang mengambil kira lafaz-lafaz berbeza iaitu Cetakan Bulaq yang bertarikh 1311 Hijrah.
Kitab ini diterbitkan atas perintah Khalifah Sultan Abdul Hamid II. Menurut hemat Dr. Yusuf Abdurrahman al-Mar'asyli (penyelidik di Pusat Khidmat Sunnah dan Sirah di Madinah), cetakan ini adalah edisi Sahih Bukhari paling baik kerana menghimpunkan beberapa riwayat yang mengemukakan lafaz. (al-Majma al-Muassis, 1/90).
Ekoran fakta ini, sesiapa yang taksub menggunakan hadis secara literalnya akan mengundang kekeliruan kepada pentafsiran ilmu-ilmu Islam. Setakat ini, para ulama nahwu menggunakan hadis yang mengandungi bacaan harian umat Islam yang tidak memungkin perubahan kalimah atau dengan kata lain lafaz-lafaz yang diterima sebagaimana disebut sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Ini memperlihatkan semata-mata pengajian al-Quran dan hadis secara literal tidak menjamin pengkayaan khazanah ilmu Islam, malah akan mengelirukan lagi serta hanya menimbulkan krisis pemikiran sebagaimana yang dicetuskan oleh golongan Salafi Wahabi.
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, dalam bukunya Ummatuna Baina Qarnain, terbitan Dar al-Syuruq Mesir menganggap pemikiran Albani sebagai mazhab kelima. Menurutnya, ada kelompok yang membangga-banggakan Syaikh Abdullah bin Baz, Syaikh Salih bin Uthaimin serta ulama-ulama Saudi sebagai tempat rujukan tunggal dan tidak menerima ilmu yang datang daripada para ulama lain.
- MOHD ZAIDI ABDULLAH dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan.
Posted at 08:23 am by ibnuqudamah
ReAd MoRE!!
|
|
|